Friday, November 27, 2009

cornflakes hangus

Salam aidiladha.


Ok…let me tell to the world. Cornflakes madu aku hangus la… sedih,sadis,simpati,sian sungguh! Itulah kuih yg aku buat sendiri buat pertama kalinya. Ya..dulu kalau buat kuih, itupun atas ajakan mak. Ntah ape yang merasuk fikiran dalam lepas solat asar tadi. Online and terus menerus cari resipi buat cornflakes madu. Tengok resipi, macam mudah…so, why I waste the time? Let’s try make it baby !!! yeah……. I done it and it hangus (T_T), (T_T) & (T_T) Sekali lagi, “sedih,sadis,simpati,sian sungguh!” . InsyaALLAH aku cuba buat lain kali lagi.

Dari cornflakes (aku) yang hangus tu kan.. aku dapatlah pengajaran. First of all, JANGAN PERCAYA INTERNET 100%. Even it only the most simplest resipe… cornflakes aku hangus sebabnya ikut langkah nya satu-persatu la kan. Padahal kan, aku macam ada bau macam sesuatu yang hangit. Ingatkan cornflakes itu sedang “merangupkan” dirinya sendiri. Padahal… sedang membakar di dalam oven rupanya… sadis,sadis,sadis. Kecewa sungguh! Second, Dari apa yang berlaku ini juga aku fikir yang betapa penting dan hebatnya *pengalaman*. Kalau aku tanya sesiapa(yang dah pernah buat la kan) dahulu macam mana buatnya, insyaALLAH aku akan dapat cornflakes madu yang sempurna.....(hanya boleh dibayangkan je la) . . .

Masa kuih aku ini berada dalam oven, adik aku yang baru balik terus ke dapur sambil berkata “ mak masak roti bakar keh?” wahahhahaha…. ‘roti’ itu ok lagi.. ‘bakar’ tu…menandakan sesuatu sedang hangit yang kehangusan.. kenapa la aku tak terfikir masa itu yang kuih aku sedang hangus …(@_@).... itu sekaligus menyumbangkan pengajaran yang ketiga . iaitu, ALLAH sentiasa bagi petunjuk. Ampunilah dosa hamba-Mu ini ya ALLAH. Jelaskanlah segala petunjuk, rahmat dan nikmat yang Engkau berikan ya Rahman..

ESOK aidiladha. Alhamdulilah, dapat bertakbir dengan bapak dan mak. Kepada anda semua.. marilah kita bertakbir beramai-ramai. Bertakbir untuk sepanjang aidiladha. Dari 10 zulhijjah hingga 13 zulhijjah 1430H.

TAKBIR !

masjid "misteri"

Assalamualaikum

Selamat bercuti untuk semua mahasiswa/i terutamanya yang menuntut di Universiti Malaya.
Di awal cuti aku ni, sepupu aku melangsungkan perkahwinan… musim cuti sekolah sudah menjadi kebiasaan rakyat jelata Malaysia menempah mana-mana hari untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Banyak ‘masjid’ terbina. Semoga pembinaan masjid diredhai ALLAH dan sentiasa dilimpahi rahmat. Amin………

Dengan adanya majlis kahwin sepupu aku ini, berjumpalah aku dengan (hampir) semua ahli keluarga tersayang. Tak jumpa Mikhail tercomel. Mak dia tak bawa dia datang. Sedih… tak apalah, gembira dengan apa yang ada.

Setelah bergaul, berjumpa dengan sepupu-sepapat aku…wah..seronok sungguh! Dulu tak rasa best sangat lah jumpa kesemua sepupu-sepupu semua itu. ahahah… dulu,mereka masih kecil-belum sekolah lagi. Sekarang ini, dengan ketinggian yang mungkin boleh menjejaskan ketinggian aku itu, ditambah pengetahuan yang diperolehi .. syok seyh layan mereka. Makin bertambah-tambah-tambah sayang kat mereka semua……hari ini dah rindu tak jumpa mereka. insyaALLAH kita jumpa lagi ye!
Moga ukhwah kita kekal abadi selamanya sepupu-sepupu kuh… I love you all soooooooo much!

Oh ya, sedikit nak cerita tentang majlis perkahwinan yang alhamdulilah berjalan lancar…
Hari jumaat malam sabtu, hari pernikahan.Bapak aku jadi saksi nikah. Tok kadinya: ustaz Ilham. Ustaz yang mengajar aku Bahasa Arab Komunikasi semasa aku tingkatan 3 (kalau tak silap).. antara ustaz yang dirindui. Agak berisi dah ustaz aku tu. Alhamdulilah makin sihat.. semoga ustaz aku bertambah-tambah sihat dan bahagia disamping orang tersayang. Semasa nak berlangsung majlis akad nikah itu, ustaz Ilham ada cakap dan berkhutbah tentang hal berkaitan dengan memulakan kehidupan berumahtangga ni. Aku dengar dengan jelas dan teliti (mana tak nya, aku duduk belakang pengantin lelaki dan sebelah mak nya (~_’)Ustaz Ilham ada cakap. antara ayat-ayat dia yang menusuk kalbu aku lah kan, doa orang yang dah berkahwin ni lebih mudah dimakbulkan berbanding orang yang bujang-bujang. Ye la kan.. sudah menyempurnakan sunnah Rasullulah tercinta itu. dengan tetiba, wujud rasa cemburu. Wujud rasa … nak kahwin juga. Sebab nak doa mudah dimakbulkan. Jealous nya kepada mereka yang dah kahwin. Bila lah aku akan kahwin ye? Siapakah yang dijodohkan dengan aku? macam mana majlis perkahwinan aku nanti? Kenapa aku nak nikah dengan lelaki itu nanti uh?? Wah… macam-macam persoalan timbul.. Misteri nya… tak ada siapa tahu. Bak dalam lirik lagu Permata yang Dicari nyanyian De-Hearty, “Hadirnya cinta insan padaku ini, anugerah Illahi….” dan “aku tak pasti rencana Illahi”…yeah..tepat sungguh lirik lagu itu kan(?_?)

Jika dah ditakdirkan jodoh, tak kan kemana jodoh itu. semoga jodoh aku dan yang sudi membaca di blog aku ni dikurniakan jodoh yang diredhai ALLAH. Memiliki dan menjadi teman sehidup semati adalah hadiah dan ujian ALLAh kepada diri kita. Biarlah ia berlaku seindah Islam itu.sabar itu indah.all the best! InsyaALLAH.
p/s: nak upload gambar hari kejadian. tak boleh. mungkin disebabkan line lembap. hal dunia... macam-macam kan?

Saturday, October 24, 2009

kekuatan dan kemampuan

Assalamualaikum.


Alhamdulilah, ALLAH masih bukakan hati dan memberi nikmat kepantasan jari-jemari memicit keyboard.Kesibukan melanda diri yang hina lagi kudus ini. Sibuk dengan urusan dunia keh?? Hanya Allah yang Tahu apa yang aku sibukkan sangatkan itu. Semoga apa yang aku lakukan selama ini mendapat keredhaan Tuhan yang Maha Suci.


Semoga apa yang berlaku ada hikmahnya. Hikmahnya itu hanya engkau Yang Maha Esa sahaja yang menetapkannnya. Bantulah aku, keluarga-ku dan rakan-rakanku menjadi hamba-Mu yang Berjaya di Dunia hakiki dan di Akhirat abadi.

1Dunia , 1Akhirat


Get More at (Islamic-Testi)!

Friday, September 11, 2009

coursemate.IHRAM sikit.


LurVE for all.

Assalamualaikum.

Seperti biasa, aku akan cakap yang aku dah lama tak posting apa-apa untuk blog aku ni. Haha. Bukan apa, suasana agak sibuk ditambah aku fikir benda yang aku nak posting kan tu .. macam mengarut je. Senang cakap la kan, tak ada semangat nak layan blog. Tetiba sekarang ni, rindu pula kat blog bear neyh ~_’

Terasa IHRAM 09’ kan tiba penghujungnya. Rasa sedih ada, rasa suka pun ada. Sedih sebab lepas ni dah tak dapat nak kacau kak Jamilah lagi. Dalam meeting tak dapat nak tengok dia touching-crying-loving ^_^ . yang suka nya.. sebab da habis kerja la. Yeay !! macam-macam pengalaman dan pengisian yang aku dapat apabila menjadi sebahagian keluarga IHRAM 09’ ni. TERIMA KASIH banyak-banyak BUAT SEMUA YANG TERLIBAT. Minta maaf juga andai ada menyakiti hati sesiapa. Im not perfect but available. Ahaks.

Okies. Tak mo cerita hal kolej la. Nak kongsi cerita hal diri aku yang merupakan salah seorang pelajar berwibawa ECOB (ecology and biodiversity). Alhamdulilah, setiap kali nak pergi ke fakulti, terasa seronok bila memikirkan coursemate ku. Comel-comel la budak ECOB (saja puji). masing-masing ada perangai yang tersendiri. Eugene, sarawakian yang senyap, cool,polite gak. Afiq yang ada rambut mengancam dan setiap kali dia kasi goyangkan kepalanya…kalah faizal tahir. Abg Long (nama asal Su Long), Chinese cute boy. Suka kacau/usik orang.blh tahan kasar gurauan dia tuh~. Nida yang ada “senyuman emas” yang mampu mencairkan hati Susan. Chew dengan dunia dia sendiri. Jin Wenn amat sayangkan kipas nya. Ditambah lagi,
Azilah, a killer professional driver. Meng Li, comelnya dia tiada siapa dapat tandingi (cewah!). Audrey sama dengan Jing =kurus-tinggi-lampai-cun baik punyer. Di Wenn??? Huhuhu… teringat masa Cheah-Susan-Nida “interview” dia.. ayu seyh respon dia.. kan?? Kan?? ^_^
ECOB before went to Cameron @ Dataran Sains.
depan sekali: Adah-Nida.
tengah: Yati( tak nampak pun~)- Ain Kecoh- Jin Wenn buat tahi mata.
belakang: Afiq- Tan Chan Chin( peace yo!)- Abg Long.

Tak ada cerita tentang Azlina. Sebab dia budak baik. Setakat ni, hampir semua kelas dia tak ada pernah datang lewat. Untung siapa kahwin dengan dia kan??... ontime je *_*. Yati pula ya, hmmm….moga nitrogen cycle kita Berjaya ya. Ain? Tak ada title lain untuk dia :kecoh: Chu Yen Moi, aku tengok gadis sabah ini makin hari makin-makin bertambah cun.ntahlah, rasa dia seorang perempuan yang cantik.jangan fikir aku lesbian pulak. Aku puji ikhlas lagi jujur okies. Ang .. dia makin senyap la. Heheh.. dia memang tak banyak cakap. tapi, kalau dah bercakap.. kelakar juga dia. Lebih-lebih bila dengan partner baik dia, Helme. Helme yang ada adik-beradik paling ramai di antara budak-budak ECOB. Esmai and Dayah, TRULY zoologist, insyaALLAH.

belah kiri dari depan: meng li-mira-ain-tan chan chin.
belah kanan dari depan: chu yen moi-fazliana-chew.



Adah, the hottest kecoh girl. kalah ain. aiyayai..ain perlu berusaha ramapas title tu. adah ni photographer terbaek lewh ~



dua depan: ain-eugene.
dua belakang: ang-helme.

azilah yang pakai tudung putih sebelah aku-mira.

Macam ada tertinggal someone.. oh ha.. tan chan chin. Full name aku taip tuh.. he’s gentleman. Penasihat Akademik (P.A) kami orang yang sama iaitu Dr Siti Aishah. P.A kami sangat baik. Chan chin pun baik. Aku ni ha yang jahat.jahat.sangat. ^_^

Setakat itu aku nak cerita tentang coursemate aku. yang truly pure science. Ada juga budak course aku tapi mereka tu student Islamic Studies Academy (ISA) @U.M. insyaALLAH nanti ku posting tentang mereka.

Diharapkan anda yang membaca ini pun ada rakan-rakan seperjuangan yang seronok di mata dan di hati. Jika kawan ada buat salah, maafkan dia dan kalau diri sendiri buat silap, jangan tunggu lama-lama,khuatir nanti bikin hal lagi parah dan dibenci Tuhan sebab bermusuh dengan saudara sendiri pulak..

Need to go .. sahur insyaALLAH bangun. Permudahkanlah aku bangun esok. Alangkah bagus kalau aku sempat qiam kejap. Amat-amat-amat perlukan kekuatan untuk bangun pagi qiam.bangun pagi sahur boleh…nak qiam tu ntah kenapa susah aku nak laksanakan. Permudahkanlah urusan ku didunia dan di akhirat . Ya Allah.

i just like this pic. yeah ~

Thursday, September 3, 2009

myanmar cantik.



Assalamualaikum.




hari ini aku bersahurkan biskut dengan air milo-mocha. fatimah dengan gee bersahurkan nasi. heheh.. aku tak pergi ambil tapau utk sabur malam tadi. huhuhhu... penat+letih+mood agaks kureng sikit = MALAS. betul tak?
ahaks.



bukan aper, sebenarnya aku memang kurang gemar makan nasi awal-awal pagi. eceh, kalau kat rumah bukan sahur selalu dengan nasi keh?? memang betul tu. kat rumah lain lewh. kat rumah lepas sahur tak ada kelas kena pergi. kalau tertido lepas tu boleh ampun lagi. neyh ha, kalau kat UM tercintun, kelas banyak pagi sampailah ke petang taw.




cakap pasal kelas
dalam masa lebih kurang 1jam setengah, kelas Basic Micology start. kelas pukul 9.lama lagi kan???? hehe..

nak cakap pasal kelas semalam.
semalam start kelas "pn kalsom" pukul 9 (aku tiba kelas dalam pukul 8.45).later ada discussion dengan chan chin, afiq & yati kat library ISB. lama la juga perbincangan kitaorang. discuss benda hot "lab report pn kalsom" la kan.. hal yang meruntun rakan sekelas aku dan diri aku ni jugak. adohai. sob...sob.. chan chin, bile u mahu bagi biji kacang kat i uh?? hari ini kita tak da kelas sama la.



lepas kelas "pn kalsom", kelas Plant Structure & Function plak. peh... berjihad aku dengan diri aku sendiri. sleepy sleepy sleepy like crazy. agggggggggggggggg @_@
disambung lagi dengan kelas makmal nya sekali dalam pukul 2 till 5.
untuk pengetahuan umum (hehe), aku berjaya mengekstrak kloroplas. apa itu kloroplas? google la ye. you will see how great the green..yeah....



tak habis lagi kelas, pukul 5 sepatutnya da start kelas Ko-Ku. aku amek kelas Protokol & Imej diri. hmmm.. aku dan ain kecoh je yang paling muda. kami sahaja budak 2nd year yang ambil subjek itu. welll....weeeeeee..tak sangka aku kelas itu habis sebelum pukul 6.30 petang. tak pernah-pernah. kelas tu senang je. nak dapat "A" jangan ada ponteng la. itu je. kena menapak ke SKET dihujung & atas bukit tuuuu...aiyayai.




2 orang Ratu Cantik Myanmar. weeee

ha...tiba pun part yang aku nak sangat berkongsi cerita dengan kamu-kamu semua.heheh. habis kelas tadi tu, terus gerak menuju ke Kompleks Perdana Siswa (KPS). semalam tak berbuka kat 5th R.C pun. berbuka kat KPS tu. dengan anak-anak yatim & orang kurang upaya (O.K.U) orphans yang datang semuanya berketurunan Myanmar. wah... bagus betul IKRAM 09' cari orphans center tu. jarang tengok/baca/dengar ada orang buat majlis berbuka puasa dengan rakyat Myanmar. budak-budak yang datang.. sangat sangat sangat comel lagi baik-baik (penuh au puji neyh ^_^ ) memang betul pun. mereka tak ada membazir makanan pun. habis satu pinggan. cara makan mereka pun mengikut sunnah Rasulluallah. masing-masing datang ada bawa telekung. bagus ustaz mereka ajar kan? bertuah budak-budak tu.





anyway, sekejap je bersama dengan mereka. tu yang kurang syok tu. kalaulah dapat spend masa lebih sikit dengan mereka. seronok..seronok..
jumpa dengan mereka, meghilangkan sedikit sebanyak stress dalam diri ini.
patutlah, jarang dengar cerita orang ada anak 10 cakap anak-anak menyusahkan mereka. anak-anak yang ada menceriakan jiwa.memberi semangat.
bila agaknya aku kan ada anak ye?
~_'







seronok jumpa mereka. weeeee again..




oh ye, O.K.U yang ada semalam semuanya student UM sendiri. pada pandangan aku, mereka merupakan golongan yang hebat. tak ada kurang upayanya. walaupun ada kecacatan. itu semua bukan penghalang mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. apa yang kita buat, mereka buat juga. meraka tak ada merungut-rungut apatah lagi mengada-ngada. hmm.. aku kena mencontohi mereka. aku banyak main-main.
-shame of myself-

haaa... ni macam aku kenal..presiden 5TH sesi 09/10


lepas sesi dengan anak yatim & O.K.U, bersembahyang isyak & terawih di gazebo KPS. tak ramai pun. Isyak berimamkan MPMUM, yang bernama Hafizzudin tu. terawih berimamkan Johan Tilawah tahun lepas. tak tahu nama dia.
best nya tak berbuka puasa kat 5th R.C. heheh.
bukan aper, bosan la asyik kat 5th je kan.


habis semua ni, yati-syena-aku & husna (junior dari 11th R.C) balik berjalan kaki menuju ke kolej masing-masing. tak penat pun sebab seronok jumpa budak-budak dan kawan-kawan baruuuuuu..


tak habis lagi rupanya, ada meeting IHRAM untuk majlis iftor perdana hari ini. HARI INI. yeah. bersama TNC. ada VVIP. adess... protokol lewh.
Permudahkanlah urusan kami YA ALLAH. Engkau Maha Besar, Pentadbir Seluruh Alam ini.


cerita hari ini, aku cerita hari lain.
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
tak siap nak pergi kelas neyh.....blog, i hate u.

alkisah1 #saya-dan-awak.

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..



"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..


Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik.



Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..



Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~
Lepas tu, satu masa..



saya terbaca pasal couple..
"COUPLE HARAM"
Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..


Masa terus berlalu...
Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~
Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..



Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..



Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."
Berfikir sejenak..


Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."
Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."


Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat
elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya trdiam lagi.
"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya terfikir..
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
Saya cakap..
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."
Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya..

p/s: amat berterima kasih kepada Maziah.

Monday, August 31, 2009

Ramadhanku.

salam syukur untuk semua. Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk aku memunaikan ibadah di bulan suci lagi mulia ini. Ramadhan kali ini merupakan ramadhan yang ke-20 aku lalui. Moga ALLAH permudahkan urusan aku di bulan yang tak perlulah kita pertikaikan lagi kemuliaanya itu kan?
oh ye.. untuk pengetahuan anda, aku lahir dalam bulan Ramadhan. heheh.. kamu yang baca blog aku neyh, dalam bulan Islam manakah kamu lahir??

sesiapa yang lahir bulan Ramadhan ini, orang nya

  • pendiam (oh ye keh?)
  • suka merendahkan diri (admit: i am short + fat)
  • tidak angkuh dengan teman yang dikenali (mira sayang kawan-kawan mira!)
  • tidak suka membanggakan diri (Saya bangga saya seorang muslimah)
  • kehidupannya selalu selamat (Insya-Allah)

Actually, kita tak boleh percaya benda-benda sebegini. betul tak?? kena lah percayakan ALLAH 100%. bukannya ramalan/firasat/agakan/andaian/anggapan dan sespesies dengannya la yang kita percayakan. habis itu, kalau dijadikan rujukan boleh tak?

nak rujuk apa uh??timbul persoalan pula lewh~ ye la kan. masih ada, tapi kurang dah kot segelintir orang yang melihat hari kelahiran pasangannya itu untuk menilai diri pasangannya itu. sesuai ke tidak berkahwin dengan empunya badan itu. hal-hal begini selalu jadi kat perkahwinan yang diatur.terutamanya masa zaman dulu-kala. kan? kan?? .. komuniti India masih amalkan rasanya.

anyway, nak juga tahu rahsia orang yang kita sukai tapi kita jauhi.. ahaks..boleh lah badget macam kita kenal dia.cewah.

weyh..apakah hukum nya????

Friday, August 28, 2009

Selamat Datang.

Welcoming Peace for all my viewers from all of us ^_^





Assalamualaikum..

Ya. Sekali lagi, Selamat datang ke layout blog aku yang terbaru. Kini, ada empat ekor makhluk Allah yang ada bulu-bulu lembut lagi lebat, muka yang tembam dan sentiasa melakukan aksi-aksi kiut(ye keh???) ..IYE. empat ekor tatty bear..im lovin’ it. U love it?

Untuk seketika masa yang lama aku tak posting apa-apa untuk blog aku ini. Sebenarnya, aku sudah merosakkan layout aku yang lama yang sekali gus telah menyebabkan apa yang aku tambah menambah kat dalam blog aku ni hancus lebur hilang.

Alhamdulilah, sekarang masih boleh digunakan. Cuma, aku perlu memulakan apa yang aku buat dulu la. Mungkin akan letak lagu dulu keh.. gambar-gambar menarik//cun keh..ahaks…
Just wait and see okies.

A little bit on what im doing right now, im having a busy Ramadhan . I think so because, im the Economy and Entrepreneurship Deputy for Ihya’ Ramadhan(IHRAM 09). Im must thinking the way to get profit on what im business for Balai Islam 5th. Also, me busy with Susans’ lab reportSSSS.., bilik bacaan 5TH, filedwork and it will getting more and more..ai yayai. O ya.. a little bit of Diskusi Ilmiah(DISMI).
Oh Allah, make me easy to through it all either in this lovely world or the world after life.

Disini, aku kasi tengok gambar daripada Ain semasa lab mikologi. My ex-roomate. My coursemate. One of the kecoh girl in UM. Ahaks…. Thanks ya Ain. Anyway. Ain telah Berjaya menternak kulat. Congrats girl !!! harap-harap aku aku nyer sample pun menjadi la kan… sama-samalah kita ternak kulat okies.. we are the next mycologist. We are the heroes of environment. yeah !!!!

si kecoh memakai lab coat"Ain"-Adah-Fazliana.

Yg tengok kamera tu Aimi(silap gaya lewh..nak gambar kandid =P)-{Fazliana-Adah-Ain-mira} yg buat-buat buszy.ahaks.

mira-fazliana ditunjuk ain-yati krim mencuka-maizah-aimi lagih.

kumpulan yang berjaya menternak kulat sedang mendengar penerangan tutor.diantara mereka ialah kulat. no moving air please ~~ ahaks.

Wednesday, July 1, 2009

3 Rejab 1430H

Assalamualaikum…

Hanya menghitung hari untuk aku kembali ke UM. Kadang-kadang rasa macam tak sabar nak mengharungi hidup sebagai senior 2nd year ini. Kadang- kadang juga, rasa macam malas nya nak study jauh-jauh( jauh sangat keh?) kat K.L. nak stay kat Muar. Dekat dengan family. Hmmm.. walau apapunyang akan berlaku nanti.. pasrah je la. ALLAh yang menentukankan segalanya.. kita hanya merancang. Semoga kita semua tabah menghadapi nya.
“AL- FATEHAH untuk atuk ku”

Untuk pengetahuan semua. Atuk saudara aku, Hjh Mehran binti Yot telah kembali ke sisi Penciptanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman serta dilimpahkan kurnia nikmat syafaat Rasullullah.

Ahai..terkenang masa bersama dengan arwah. Sekarang ini, aku tak perlu lah nak telefon rumah Tangkak nak bual-bual panjang dengan atuk lagih…dia dah tak ada buat selama-lamanya… sedihnya mengingatkan suara dia dalam telefon. Sedih laa.. tak ada lagi atuk nak bual-bual. Dengar dia cerita masa dia muda.. dan dia akan cakap betapa semangatnya badan aku ini..picit-picit isi badan aku ini…sekarang itu semua tinggal kenangan.
Ini baru kehilangan atuk nenek.. ntah macam mana kalau kehilangan mak bapak pula?? Yang hidup pasti mati..oleh itu..sebelum kita ada hilang itu ataupun ini sama ada benda itu hidup atau pun tidak bernyawa… sayangilah ia sebaik-baiknya. Lakukanlah sebagus mungkin. Selagi hayat masih ada. Selagi oksigen masih diperlukan untuk alveolus yang bentuk macam anggur itu berfungsi…
Maha Mencipta juga Maha Mematikan.

Tuesday, June 16, 2009

Pontian..jauh perjalanan


Salam pembuka bicara.

Lama sudah aku tak update blog merah aku ini. Mood nak posting tak setinggi masa dulu lah.mungkin sebab aku guna dial-up untuk melayari internet. Di U.M, wifi kan ada.. baca kat umisisweb, makin bertambah banyak dah diletakkan alat wifi itu. Alhamdulilah. Tapi, teringat kata-kata Iman, dia kata wifi ini bahaya. Bahaya untuk masa akan datang. Dimana, mudah kena kanser… mudah kena penyakit-penyakit dalaman. Wifi ini kan gelombang ala-ala sinar x-ray. Kan?? InsyaALLAH.. jika digunakan dengan baik, untuk amal kebajikan dan demi pembelajaran serta kejayaan kita, moga dijauhkan kita penyakit-penyakit merbahaya agar kita boleh melakukan ibadah kepadaNya. InsyaALLAH.

mira-Iman-ular sawa @belakang 5TH R.C. semasa Militry Exhibition 08 (MIEX)


Kebelakangan ini, aku sibuk (tak ada lah sangat) dengan nenek saudara aku yang sakit. Dulu, dia terjatuh kat dalam bilik air. Disebabkan hal itu, tulang pinggulnya teralih. Bermaksud juga, soket tulang paha tak terletak pada tempatnya. Aduh…sakit kan dengar.. doakan kan nenek cepat sembuh. Walaupun kaki sakit.. tapi, nenek masih banyak cakap. ahaks.. tapi, tengoklah dengan siapa dia bercakap banyak. Tak semua dia layan sangat. Termasuklah anak-anaknya sendiri. Dengan bapak aku.. wah.. cakap banyak-banyak…semangat menceritakan waktu dia muda-muda dulu. Selalu bersukan..main bola jaring lerh.. pengalaman dia pergi Makkah empat kali.. macam-macam la.. tak masuk lagi bab-bab makan (aku paling suka makan ^_^).
Khamis minggu lepas bawa nenek pergi berubat di Pontian. Lebih spesifik, di Kayu Ara Pasong. Waduh… jauh juga la perjalanan nya. Makan masa 3 jam pergi dan balik. Aku rasa kawasan Johor belah timur lagi banyak parit berbanding parit-parit yang ada di Batu Pahat mahupun di MUARa tercantik di dunia ini….
Lalu di Pontian aku teringat pada rakan sekelas. Fahim Ghazali. Ntah apa khabar rakan aku itu. He is the best interior designer..yeah! ahaha.. kelas 5alim aku berwarna hijau hasil idea beliau dan guru tingkatan aku- Pn Rasyidah Kasbi. 5 Alim.. Best ever class..
Alhamdulilah, aku dah daftar online untuk semester 1 sesi 09/10. Tapi, hati ini nak sangat jumpa dengan Penasihat Akademik( PA) aku. nak Tanya macam-macam dengan dia tentang itu..ini..ahaha..tentang subjek-subjek aku la kan. PA itu umpama mak bapak kita… ye keh???

Ahai…tak semangat nak naik semester la.. macam tak puas cuti lagi. Nak ambil PJJ boleh tak??

p/s: nak tukar template blog la…any ideas and comment??

Tuesday, May 19, 2009

1st for 1st sem break!


Assalamualaikum warahmatuallah hiwabarokatuh’



Apa khabar semua? Amat-amat diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat dan bahagia disisi keluarga, rakan-rakan, (musuh-musuh?) ahahaha..

Rindu?? Huhuhuhu.. rindu gilak kat kawan-kawan. Rakan-rakan balai Islam 5th R.C. roomatekuh, residen blok F.. senang cerita, rindu semua junior 5th R.C 08/09 lerh !! itu tak termasuk lagi kawan-kawan masa sekolah, kat matrikulasi juga. Hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana perasaan hati ini. Semoga kesemua rakan-rakanku sihat dan bahagia. Wahai kawan-kawan, kahwin nanti jangan lupa jemput aku ye ! yuhuuu..


Sebagai salah seorang mahasiswa negara Malaysia ini, cuti semester ini ialah cuti semester aku yang PERTAMA sekali. Yup… sekarang, alhamdulilah menikmatinya dengan baik. Sedaya upaya berusaha merapatkan diri dengan ALLAH dan memperbaiki diri ini agar menjadi anak soleha, kakak yang berfaedah, cucu yang hebat dan lain-lain juga lah okies… Ehem.. aku sukar nak jadi kakak yang baik. Agaknya .. sebab, ntah lah.. saja nak naughty dengan adik aku yang seorang je itu. Mak bapak aku dah manjakan dia.. takkkan nak manja lebih-lebih dengan aku jugak kot? Aisshh… I don’t like lerh.. manja aku untuk suami aku kelak (cewah!) dan untuk kucing kesayangan aku yang bernama Boy itu.. ahai.. my cutie pussy cat ‘Boy’..kucing aku itu ada bulu pipi yang kembang. Ahaks.. lebihkurang macam kucing yang tembam.. hua.. sangat manja dengan aku.. Boy I love U !!!!!!



CUKUP ! meluat kamu baca kan??? Hahaha…
Anyway, sorry lama dah tak posting blog. Not in the mood la. Masa dahulu la. Saat ini… bunyi-bunyi taipan menghantuikuh… ahaks.



Dato' Dr Fadhilah Kamsah dan keluarganya.. yang baju colour sama dengan Dato tu anak-anak nya, yang bertudung pink-duduk isterinya dan lady freehair sweet pink that his daughter.




'Jejaka Malaya' diblog aku...with yellow t-shirt. yeah~ ahaks!


Ha.. saat ini aku mahu cerita tentang satu show tv yang baru-baru ini menarik perhatian aku. tajuk show itu ‘Anjakan Paradigma’. Dihoskan oleh Dato’ Dr Fadhilah Kamsah. Semakin lama, semakin bagus cara dia berinteraksi di kaca tv. He look so natural on it. His show seems pure. Plus, the issue he talk about is awesome. Also, his guests he brought to his show is unpredictable. Last show that i watched, the guest was Fahrin Ahmad. Jejaka Malaya. Huhu.. layak keh dia dapat title Malaya itu?? After watched him talked and discussed. I think he can have that title… as I don’t see any other men in entertainment industry is acceptable to have that title. Rosyam nor??? Hak.. honestly, to me la kan.. he is not damn-hot-handsome-tough guy. Hahahah.. he’s doing good on acting.




huhu..lot of work to do.. photographer and babysitter? heheh..

The issue that beat my heart a little bit higher… heheh.. “Adakah Anda Menawan?”… do you???
Huhuhu.. I think I have been “tawan” by someone. Hahah.. recently la… hahaha.. by who?? Who that charming guy? Haha.. me don’t know either lerh ~ seriously..
Ehem… allow me to type in malay ye. Hahah..


Dah lama tak berkata-kata bahasa ibunda orang barat ini. Masa belajar banyak guna lah kan .. Malaysia kini banyak menggunakan bahasa inggeris dalam sisitem pendidikannya. Plus, kat UM mostly Chinese people don’t understand the way bahasa melayu been used in daily life. Dalam ujian bahasa melayu boleh lah jawab.. buat karangan panjang lebar selebar gebar -_-






Pembaca aku yang mulia,
Dato Dr itu banyak juga menyatakan cirri-ciri yang menyebabkan perempuan tertawan kat lelaki… dan sebaliknya la kan. Huhu.. nak aku bagitahu ciri-ciri itu.. banyak lah. Aku bagitahu ciri-ciri yang menjadi pilihannya ok… yang telah dianalisa oleh Dato Dr itu sendiri. Dan setelah dibincangkan dengan jejaka Malaya itu..
Lelaki kat dunia ini.. mesti nak cari perempuan yang cantik. That the First and Foremost Factor. YUP. Cantik itu subjektif. Itu adalah fakta.cantik pun ada dua. Cantik dalam dan luar. Boleh pilih salah-satu darinya ataupun ada kedua-duanya. Semuanya terletak tepat di dalam diri anda sendiri. Apa-apa pun lah kan.. wanita itu hiasan dunia. Dan sebaik-baik wanita ialah wanita soleha…. Sopan itu cantik.





bayangkan Mira pakai purdah... ameen ~


Yang perempuan pula..dari diri aku sendiri… jarang perempuan mengambil kira factor luaran. Dari segi kekemasan dan kebersihan itu memang ada lah.
Ok lah.. tak kiralah perempuan mahupun lelaki. Kalau ditanya face to face..heheh.. semuanya kalau boleh nak yang beriman. Bagus agamanya.. sejahat-jahat orang pun.. kalau boleh nak pasangan yang bagus agama dan akhlak. So.. apa tunggu lagi? Islam itu menawan..

Sebelum kita nak pasangan idaman yang hebat-belaka itu, kita kena lah jadi hebat seidaman kita itu dulu.
Kan ada ayat AL-QURAN yang membawa makna.. setiap manusia ada pasangannya. Yang jahat dengan yang jahat, dan yang baik dengan yang baik. Kan? Oleh itu.. kalau kita nak lelaki/perempuan kaya.. kenalah kita kaya juga.. nak yang beriman..kena beriman juga.. that’s life..ISLAM…




Ahai.. nak cakap banyak pasal jodoh-jodoh ini tak reti lerh. Almaklum..jodoh aku sendiri pun tak ada lagi. I just don’t find it yet. Sebab aku rasa sangat yang aku ini masih tak layak untuk ada pasangan. Hahah.. bagi yang dah ada couple sama ada secara sah atau tidak.. semoga anda Berjaya mengharungi kehidupan secara ‘berdua’. Haa… I love being now.. aku tak mampu macam orang yang sudah punya buah hati. Maksud aku, couple itu haram.. sebab ia merupakan perkara yang menghampiri zina.. so.. jujur dari lubuk hati aku.. aku tak mampu nak tanggung dosa disebabkan haram itu. Teringin juga nak jadi buah hati orang pilihan hati aku itu. Tapi.. ntah mengapa tak mampu.. memikirkan hari yang PASTI di padang Masyar..





seriusly,honestly..its not easy. JIHAD ! tak sedia lagih.


Andai ada orang nak sanggup menikah dengan aku pun (kalau ada lerh~). Aku fikir juga.. aissh… aku.isteri-mak budak?? NO..no.. tak sanggup nak hadapi. Aku fikir lagi. Rasulluallah yang dijunjung tinggi ada bersabda. Sesiapa yang bernikah adalah seperti telah menyempurnakan separuh iman nya. Mengikut sunnah Rasulluallah juga.. itu memang betul.


Perkahwinan merupakan satu ikatan perjanjian yang diredhai Allah. permulaan kepada "bait-muslim".


Mmm baru ini aku ada terfikir. Mengapakah Rasulluallah bersabda sedemikian? Ini bagi pendapat aku lah.. Rasulluah bersabda begitu kerana alam perkahwinan bukan senang. Banyak onak duri cabaran yang perlu dihadapi --- secara berdua ye! Bukan seorang diri.. kena bertolak ansur.


Ketabahan memerlukan kesabaran. Kesabaran memerlukan keikhlasan. Keikhlasan memerlukan kejujuran. Kejujuran memerlukan kekuatan. KEKUATAN IMAN. Iman pula perlukan takwa. Ketakwaan memerlukan petunjuk, rahmat, taufik dan hidayah daripada yang Maha Esa.



Parenting is never-ending responsibilty.



Tak semua insane mendapat rahmat, taufik, hidayah dan petunjuk daripada ALLAH. Aku dah fikir.. rasa masih lagi tidak cukup kemampuan nak ada pasangan hidup.. apatah lagi.. melahirkan manusia dari tubuh badan sendiri ini.. takut ada juga nak hadapi semua itu.. berpasangan tidaklah seindah mana.. ia adalah fitrah manusia yang menginginkan cinta.


Ok lah.. panjang lebar aku taip ini. Ehem..kepada orang-orang yang aku pernah sukai..semoga kamu berada dalam keadaan sihat walafiat dan bahagia..semoga masih ada jodoh diantara kita. insyaALLAH. Dan kepada rakan-rakankuh.. rindukan aku?? meh la turun muar. Tak perlu segan-segan….





p/s: atuk Mehran alhamdulilah dah baik sedikit kaki dia.dan pak Adnan, bapak Fatin Amira mengalami kemalangan di Jasin. Semoga ALLAH menyembuhkan penyakit atuk dan “bakal bapa mertua” aku itu…ameen ~_’

Thursday, April 30, 2009

kita-kita

yati-anis-mira ketika lab ecology sem 1 08/09




Menyepi dari posting untuk menyediakan diri secara fizikal dan mental menghadapi peperiksaan. Alhamdulilah, tinggal hanya satu paper examination lagi. Iaitu Introduction to Science and Technology. Disyarahkan oleh Dr Che Wan Jasimah. A lady that always and forever be “cik”. Ahaks. Kinda funny…
Diharapkan anda yang menbaca sudi mendoakan kejayaan kita bersama.
Malam ini ku posting dari bilik jiranku. Bilik nurun. Fauziah a.k.a Gee sudahpun bertolak pulang ke kampung halaman di Kelantan. Sama juga dengan Fatimah Azzahra dan Tini juga. Semoga perjalanan pergi dan balik mereka diberkati dan dilindungi. InsyaALLAH.
Gee-Fatimah Azmi-Farah Sabah-Yati-Nurun @book fair 09, PWTC.
aku ditengah-tengah. macam leader.. ahaks.. menunggu @stesen PWTC menuju ke Masjid Jamek untuk makan tengah hari tempat yang amat bahang.. global warming lerh -_-

Satu demi satu perpisahan berlaku. Masa hadapan masih ada muka yang sama disekitar anda kah??? Ada lagikah mak cik DM untuk kita ucapkan terima kasih dan selepas itu makan lauk yang disediakan dengan penuh nikmatnya? Masih ada lagikah untuk kita lihat segerombolan askar membuat roll-call lengkap dengan uniform nya? Berbaris mendapatkan makanan sambil tangan memegang kad merah yang delaminate ( aku ada hampir 5 keping kad makan...murah rezki dapat banyak kad makan. Sepatutnya seorang ada satu je ~_’ ).
Itu baru kenangan secara menyeluruh sebagai penghuni 5TH R.C. kalau sesame kita?? Ha..
Fikir-fikirkan..renung-renungkan ye..
inilah roomate ku. aisyah-huda-ain-mira semasa sambutan Tahun Baru Cina di 5TH R.C. aiyayai.. teh hijau manyak pahit lorh... erk...
Kalau dengan senior-senior jangan nak dibetahkan lagi la kan. Ntah bila dapat ditemukan semula. Tapi, bagi aku yang lagi mendalam .. perpisahan diantara kita. Mostly antara junior dengan junior. Adakah muka aku akan kekal di 5TH R.C?? siapa yang Berjaya “menawan hati” orang atasan untuk stay college? Aku ini dapat rezki di 11th R.C tapi ku tolak setelah fikir-fikir dan mak aku pun suruh lepaskan je. Kalau boleh nak dapat tinggal di 5TH R.C untuk masa sebagai pelajar tahun dua UM.
Perpisahan.. ada orang suka dan ada juga yang tak suka, sedih.. itu semua sudah qada’ dan qadar Illahi. kalau ALLAH sudah menetapkan yang akan dapat stay di 5TH R.C maka menetaplah kamu disitu. Kalau dah memang ALLAH kata tidak.. jangan di debat-debatkan lagi ye.. Andai masuk berjuta-juta projek sekalipun, kalau dah ditetapkan ALLAH tak dapat kolej.. maka tetap tak dapat. Ada tempat lain yang ALLAH sediakan yang jauh lebih bagus dan bermanfaat bagi kita. Ada hikmahnya. Sabar..sabar.. TAPI, selagi ada usaha dan peluang, seperti boleh mohon rayuan. Buat. Kena berusaha. ALLAH nak uji. Ikhlaskah kita.. nasib , rezeki kita bukanlah terletak pada tangan pengetua, felo keh ..atau JTK sekalipun..
Kehidupan sebagai pelajar junior bakal berakhir.. ya..
insyaALLAH ku bertolak pulang Sabtu ini jurus selepas selesai jawab examination. Moga ALLAH permudahkan urusanku. YA… insyaALLAH aku bakal senior bulan 7 nanti. Adik-adik manakah akan ku kenali nanti??? Debaran menanti.. ahahahha..habis ah budak-budak tu nanti..aiyayai.. perkenalan pasti berlaku. Moga pertemuan itu disulami atas dasar iman dan diredhai ALLAH s.w.t.

JODOH akan datang pada anda seperti mana maut akan datang pada anda. Anda tak dapat mengelak dari JODOH seperti mana anda tidak dapat mengelak dari maut.

Semoga ada jodoh diantara kita semua. Jalinkan ukhuwah. Banyakkan memberi salam dan sedekahkanlah senyuman =)) bersihkanlah jiwa kita dari “KEMATIAN hati”






DISMI forever !! yuhuu..kesemuanya ahli divisi aku dan farah Sabah. kecuali atie. heheh..dia divisi lain.. patut tak da kot.. smart sungguh ahli-ahli ku.. mantap ..
diri dari kiri: nurun-yati-mira-ain-tika.
duduk dari kiri: fatimah azzahra-gee-farah Sabah-atie.




kenangan DISMI sukar dilupakan..pau itu amat sedap.

minta izin undurkan diri. menyambung belajar saat-saat terakhir sebelum menjawab soalan dalam masa xsamapi 72 jam je lagi ini. semoga ALLAH berkati ilmu-ilmu yang kita belajar dan dipermudahkan bagi kita untuk mengamalkan ilmu0ilmu itu.. insyaALLAH. oh ye.. jangan meniru. berserahkanlah segalanya kepada ALLAH s.w.t. bertawakkal. ustaz Sobri berkata, "Tidak layak seseorang itu bertawakkal jika dia tidak berusaha kerana syarat untuk bertawakkal ialah berusaha. Dan sekiranya meniru, itu bermakna kamu tidak ada kebergantungan dengan ALLAH s.w.t."




moga ada Jodoh antara kami. InsyaALLAH.



semoga kejayaan milik kita bersama. ameen ~
SEBELUM ITU, sejuta kemaafan dipinta jika ada tersalah kata tersilap perbuata sepanjang perkenalan kita. moga ukhuwah yang terjalin diberkati dan dirahmati.
kenangan yang ada kita ingati. semoga menjadi pengalaman yang tidak dapat dibayar harga nilainya itu.samaada buruk atau baik..itu adalah kita. kenangan kita.izinkan ku pergi ~

Saturday, April 18, 2009

9h March

keluarga Aya yang penyayang.



Salam sejahtera buat yang membaca ini.




Em.. tiada ilham untuk posting kali ini. Dalam kepala ingat kat Nurun Nabila. HEHEH.. tak ku sangka. Aku sahaja nak bergurau-gurau manja ala-ala demand dengan dia je. Carikan lagu soundtrack 1 Litre of Tears (1LOT). ya.. handal juga perempuan ni (padahal biasa je) hehe.. bukan selalu dan semua orang dapat pujian dari aku. lebih-lebih pujian itu untuk tontonon satu dunia. Semoga nurun makin “kembang” ye ~_’








Aku mahukan satu lagu sahaja. Tapi, dia bagi tiga. Mantap kamu nurun !! yeah !! Semua lagu soundtrack cerita itu. Wah, ku jatuh hati sudah dengan band yang bawa lagu soundtrack itu. Band Remioromen. Em.. agak pelik, jelik dan sukar untuk menyebutnya. Hahah.. tak kisahlah.
Suara macho kot.. plus, dengan bunyi bass dan drum.. yuhuuu.. kalau dibiarkan, boleh hanyut iman aku ini. insyaALLAH, lama-lama nanti basi dah lagu band ini di telinga ku. Sebasi nasi yang lama dibiarkan.. yeah….









Salah satu Lagu yang dinyanyikan band ini ialah Sangatsu Kokonoka (3gatsu 9ka). Ehem.. makin bertambah sukar sebutan ~ *sigh*. Diterjemahkan: 9TH March. Why that date uh?? Em.. mungkin itu dah nak masuk musim luruh .. kerana ada perkataan sakura yang aku dengar. Try ah check-out lagu itu.Aku malas nak linkkan. cari sendiri ya. seperti nurun.cari...kalau nak la kan ~.








Anyway, mari aku ceritakan sikit tentang lagu itu. Fisrt and foremost, the reason why I love that song. Because lagu itu sebenarnya lagu sedih (agaknya) tapi, rentak muzik dan melodinya bolehlah tahan rancak. So, emosi yang disampaikan oleh penyanyi itu aku kira Berjaya lah. Memandangkan lagu jepun yang bukanlah menjadi pilihan utama aku. aku kira lagu 3gatsu 9ka mantap-hebat-menarik-mesti-kena-dengar ^_^









Kisah 1LOT ini aku tengok sebab galakan oleh idzuan. Kawan dari Segamat yang sedang menuntut di UITM Shah Alam. Secara jujrunya,dia menangis-menangis tengok cerita ini. Termasuklah rakan skinhead dia. Sob..sob.. baru aku faham mengapa boleh mengalir air mata. tahap kesedihan aku bagi full 100 marks. Ceh! Mana taknya, hampir setiap episode meleleh keluar air mata. agak bengkak juga mata aku. padahal, jalan cerita tak adalah kreatif sangat. Simple ada lah. Awal-awal cerita dah dapat tahu ada penyakit maut. Penyakit spinocerebellar degeneration. so, kita dah boleh menjangkakan penghabisan cerita itu adalah dengan kematian. That’s all.









Tapi, yang membawa kepada sebak-pilu, skripnya. Dari segi lakonan. Bagi marks 90% la. Boleh nampak dan kesampaian lakonan yang dibuat. Even lakonan untuk jadi kelakar (mostly lakonan bapa Aya). Lakonan mereka tepat sampai ke dalam hati. Mendalam. Menyentuh jiwa melihat Aya berusaha sehabis mungkin untuk tidak mensia-siakan masanya. Seboleh-bolehnya dia tak mahu dianggap lemah.












Aku tak tipu la weyh. Kalau ada kesempatan untuk tengok kisah ini. Tak perlu fikir banyak-banyak. Sediakan tisu, air sebotol keh.. makanan aku rasa tak perlulah. Cerita orang nak mati ini buat aku tak ada selera nak mengunyah. Ha.. kepada Iman jiranku. Terima kasih banyak-banyak sebab pinjamkan aku cd itu. Iman ini best. Dia ada macam-macam cerita yang agak uniklah *_* oh yea, residential evil aku masih belum sempat tengok. Tengok kat rumah rasanya nanti. Aku layan cerita korea dulu. Cerita ‘Crazy First Love’. Ya.. betul-betul cinta pertama yang gila. Gila bayang yang tahap paling dashyat la aku rasa. Ahaks! CD movie Fatimah nyer. Terima kasih buat Fatimah juga.



lelaki yang tak sanggup berhadapan dengan Aya yang bakal cacat. nak cun.. jeh.
hampehnyer lelaki!!!! boooo...






he's the man!! in love with Aya till death.




Back to the song, lagu ini ada dinyanyikan dalam cerita 1LOT. Maksud aku, dinyanyikan secara koir. Koir budak kelas Aya. Part Aya nak pindah sekolah masuk sekolah khas untuk orang-orang cacat, satu kelas pergi nyanyikan lagu ini untuk dia. Yang paling tak tahan. balak dia jadi leader nyanyi lagu itu. Sayu seyh. Ye la.. dia seboleh-bolehnya tak nak pindah sekolah sebab dia nak bersama dengan rakan-rakan dia. Dia amat sayangkan rakan-rakan dia. Kawan- kawan dia pula buat masa itu tak selasa dengan keadaan dia yang lambat(cacat) Em.. malas la nak cerita lebih-lebih. Pergilah tengok kalau ada kesempatan. InsyaALLAH menangis lah siapa yang menontonnya.



inilah yang berlaku ketika si Aya nak blah dari sekolah lama. hijrah....





The point is, this story will make you know how lucky being in the life.being apart of some one else life is the best thing.


Iye... Daripada boleh lari-lari lintang pukang, cakap/bergosip-gosip, ketawa, bercinta, berkahwin dan secara tetiba di usia 15 tahun (agaknya) dah tak dapat buat semua itu. Bayangkan habiskan cuti semester kat hospital je. Peh.. tak sanggup aku kalau kena stay kat mana-mana hospital di Malaysia ini. Tersangat lah bosan.



Kepada pembaca blog aku ini. Hargailah kehidupan.



"dunia adalah komedi bagi mereka yang melakukannya, atau tragedi bagi mereka yang merasakannya."

gambar tetap diambil sebagai kenangan sebelum si dia pergi ....





p/s: alhamdulilah lepas sudah satu paper. Next paper, next life.. kehidupan mesti diteruskan. GAMBATE !!!!

Tuesday, April 14, 2009

ntah

muslimat semasa jamuan hari raya balai islam.



Assalamualaikum.




Ahai..semester dua tahun pertama di 5TH R.C, UM bakal tiba dipenghujungnya. Em.. betapa sedihnya aku bila fikir hal ini. Kalau boleh tak nak fikirkan. Tapi, sudah ditetapkan Illahi. yang awal, ada akhirnya. Yang hidup ada matinya. Itulah janji ALLAH s.w.t.





13 April menyaksikan aktiviti terakhir balai Islam 5TH R.C secara rasminya. Ya..malam perpisahan. Malam itu, tiada setitik air mata yang mengalir. Tapi, sedang aku posting ini, adalah setitik dua keluar. Tak dapat aku tahan bila memikirkan perpisahan dengan senior-senior balai Islam. Terutamanya, kak Noni. Kakak usrah di 5th R.C. Kakak yang bersaiz kecil comel molek. Bicara mulut yang tidak pernah kasar dan kuat macam aku ini ha. Tapi, berjiwa besar. Kakak yang mengajar aku erti kelebihan al-mathurat. Yang membuka minda aku daripada sekularisme dan kapitalisme. Yang memandu aku supaya kuat untuk jadi pendakwah dan betapa pentingnya ada gerakan. Ah… sukar untuk aku luahkan secara zahirnya betapa pentingnya kak Noni dalam hidup aku. tak dapat bayangkan kalau malam tadi kak Noni ada. Makin touching aku. sekarang ini pun tak dapat jumpa dia lagi. Kak noni balik rumah abang dia. Ntah kan bila dapat jumpa.








Bukan setakat kak Noni sahaja yang aku kasihkan. Dan yang aku rindui. bukan senang untuk aku cakap aku rindu orang, kasihkan orang.ni tengah segan. Tapi, tak dapat tahan. tu yang posting tentang ini. Harap dapat memahami.


dari kiri: kak diana, kak sarah, kak fida, kak aiza, atie, kak natrah.
duduk:kak wawa.


Kak Wahida yang sentiasa ada untuk beri nasihat, tazkirah, galakan untuk meghidupkan Islam dijiwa aku yang lemah ini. Betapa penting untuk memakmurkan Rumah ALLAH. Solat berjemaah.
Kak Diana. Ahaks! Si comel yang sentiasa menceriakan suasana. Menjadikan setiap pertemuan tidak dapat dilupakan. Ketawanya.. ahaks…
Kak Natrah. Mulut kak Diana pernah berbunyi “ orang cerita pasal donut. Bukan pasal Nat”. ahaks..Kak Nat. tinggi lampai orang Kedah ini. Senyuman tak pernah lekang.







kakak sedang sibuk nak bungkuskan bubur masa Hari Asyura.


Kak Lin. Orang Telok Mas, Melaka. Ucapan terima kasih mencarikan/meminjamkan kot untuk projek DISMI. Saat-saat kritikal untuk cari kot pada masa itu. Alhamdulilah, bukan setakat satu kot je kak ni carikan. Dua kot !. walaupun kisah kita kot yang saya paparkan. Tapi, itulah antara kenangan yang tidak saya lupakan. InsyaALLAH.
Haaa.. kak Aiza. Orang Melaka juga ini. Sudah berpunya. Sah menjadi isteri orang dalam dua bulan yang lalu. Baby bila lagi ya??? Hehe.. sedih sangat aku sebab tak dapat pergi majlis perkahwinan kak ini. Bukan pe, sesame orang selatan. Melaka dengan Muar apa la sangat jauhnya. Kan??







Kak Fida. Eem..sebenarnya tak pasti nama sebenar nama kak ini.sebab, sukar sangat nak dengar mulut kak ini berkata-kata. Banyak berdiam diri. Tak pa la. Diam itukan satu ibadah.






Ha… mana mungkin lupakan kak Wawa. Ex-PALAPES DARAT. Kak Wawa yang selamba Islamik. “selamba Islamik??” hehe..maksudnya, selamba yang tak keterlaluan. Masih ada batasan agama. kak Maryam roommate kak Wawa. Ex-PALAPES DARAT juga. Kepada kak Maryam yang mengajar saya sedikit sebanyak tentang tajwid al-Quran. Terima kasih banyak-banyak.







Seorang lagi …kak Mas !!! ya.. kak Mas tinggi-tinggi orangnya. not talking too much. Kak ni sweet..kakak-kakak senior yang aku cerita ini semuanya (kecuali kak Noni), bakal pendidik. Alhamdulilah. insyaALLAh ada diantara mereka yang mengajar anak aku. anak kamu mungkin juga. Kak Noni, bakal akautan mungkin. Businesswomen insyaALLAH.







Tak semua kak senior dapat aku ceritakan. Walaupun tak selalu bercakap pun, tak serapat macam dengan kawan-kawan. Tak bergelak besar. ntah mengapa hati ini rindukan semacam. Ya. Itulah yang berlaku apabila pertemuan dan perpisahan yang disulami dengan iman.






Kepada senior-senior lelaki. Takkan ku lupakan ustaz Sobri. Orang pertama balai Islam 5TH R.C yang aku kenali. Abang longku semasa Minggu Mesra Pelajar. Minggu kedua semasa di UM. Memberi banyak ilmu tentang Aqidah. Memberi ceramah harian di Balai Islam. Bila teringat hal lama, kelakar sungguh. Amat aku tidak sangka betapa besarnya peranan dia dalam Balai Islam 5TH. Timbalan pengarah JKP Balai Islam. Ditambah, pengarah projek Kursus Praktikal Ibadah (KPI). KPI merupakan projek kolej yang memakan masa paling lama iaitu dua minggu. Dan satu-satunya projek yang aku masuk, aku dapat saguhati RM 10 sebagai AJK Penerbitan. Ha..yang kelakarnya,dulu masa aku masih jahil tentang agama. Masih dengan sikap kebudak-budakkan dan sikap Selamba tak Islamik, aku rajin tegur-tegur orang. Tak kisahla orang itu siapa. Tua,muda,lelaki, perempuan … semua layan. Kurang sikap malu. Jadi, aku dengan selamba tak Islamik dan yakinnya sentiasa menegur ustaz Sobri. Dah family ‘abang long’ la katakan kan….ustaz Sobri pula segan dengan aku. terkejut juga la dia masa aku selamba-selamba tegur dia.waduh..waduh..jatuh saham ~_’ hahai.. bila dah sekarang ini. Wah..MALU bila ingat balik. ALhamdulilah. Sudah sedar diri. Tak mahu buat lagi.

"harga maruah seorang muslimah kan terletak kepada tingginya mahkota malu mereka"
terima kasih ustaz.



dari kiri:ustaz Tarmizi,*foreigner(tak kenal),alhafiz,abang faisal.
berdiri belakang:abang amin.




Abang Amin. Pakar laptop/pc. Servis sentiasa ada. insyaALLAH. Ini bukan tahun terakhirnya. Tapi, dia nak tinggal tempat lain. Dah tak nak kat 5th R.C ni lagi. Hehe. Inilah JTK Balai Islam 5TH. Kuasa tertinggi. Orang Kelantan. Sentiasa memastikan balai Islam sentiasa bergerak. Dan yang paling berkait dengan aku, abang Amin yang sentiasa bantu unit aku. aku ini AJK penerbitan. Tapi, apalah sangat yang aku buat. Bukan tak nak bantu. Tapi, apa yang aku buat tak lah sehebat pelajar sains computer ini buat la kan.. orang pro..im pity of my self…






abang nizam & ustaz Sobri.


Em..sikit cerita tentang abang Nizam. Suara dia comel. Macam sinchan.. (0^_^0)
Ha.. abang Faizal. Cis..sengaja main-mainkan aku depan orang ramai masa malam perpisahan tu. Malu la. Lebih-lebih depan si…..(tut)…. Wahahah. Abang ini perlu makan lebih. Setia dengan PALAPESnya. Jangan sangka kurus-kurus cam gitu mulut tak kuat. Orang yang paling bising + kecoh malam perpisahan itu. Orang bernasyid dibaginya pokok. Ahai..menceriakan suasana.

Sesiapa yang hadir malam perpisahan..terutamanya seniors, thanks very much. Kak noni, wah…rindu la…tak ada usrah lagi kah????








Dan kepada semua student yang akan ada exam, GOODLUCK. Semoga Berjaya. Banyakkan study dan juga dekatkan diri itu lagi dengan ALLAH s.w.t. Jangan segan-segan nak minta dengan Tuhan ya. Lepas dah jawab exam.. bertawakkal.








Untuk pengetahuan semua, aku mula exam dengan paper Bahasa Inggeris pada 17 April (Jumaat). InsyaALLAH berakhir pada hari sabtu, 2 Mei dengan paper Dr. Che Wan Jasimah. Sama-sama kita doakan kejayaan kita bersama. Kejayaan dan keimanan di dalam amalan seiring dan sejalan. Amin ~




*Benarlah apa yang telah dikata.Penantian itu satu
penyiksaan.Kepastian membunuh kerisauan.Ketabahan mendamai keresahan.

Dalam dada ada bara cinta yang menyala.Dalam cinta ada kita
berdua.Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa.Dengan iman dapat kita
membendungnya* nyanyian nasyid FIRDAUS.



ntah bila dapat jumpa lagi. ya..NTAH.. suatu yang tak pasti tapi yang amat dikehendaki dan dihargai(tengok dengan siapalah kan). kepada seniors, semoga kita berjumpa lagi didalam keadaan yang lebih baik. dan kepada rakan-rakan yang sudi membaca, wish all of u have a wonderful, amazing and unforgetable being junior. pada masa akan datang, diharapkan kita menjadi insan yang lebih hebat dan makin bertambah iman..inSyaALLAH.