
Salam diberi (disambut tak?? ) ^_^
Apa khabar yang sudi membaca blog yang tak best ini??? Heheh..
Ketika sedang taip ini, aku dengar lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir. Huhu.. banyak kenangan dengan lagu ini. Betul tak budak-budak UM sesi 08/09??? Gemuruh jiwa…semangat membara..bla..bla..bla….
Kepada budak-budak 5th R.C plak..plus, family Jalinan Muhibbah 08/09..cheers yang paling mantap la..bukan setakat gemuruh..bergegar-gegaq.yuhuuuuuuuuuuuuuuuuu..
Kenangan yang sukar dilupakan sebagai pelajar junior UM. Jadi, bagi yang masih ada peluang masuk UM.. mohon-mohanlah masuk ke UM k!! UM ada macam-macam projek.sampai nak termuntah tengok projek-projek UM ini.aduhai ~_’
Siang aku dihabiskan dengan menonton drama Jepun. 1 litre of tears. Sob…sob..sob…menangis-nangis aku. Bukan disebabkan jalan ceritanya. Tapi, dari skripnya. Menusuk kalbu. Habis tisu aku. Baju tak perlulah nak cerita … lencun dengan air mata.ahaks!!!
Setelah tengok cerita itu, aku rasa lepas ini aku nak layan cerita-cerita sedih la.sebabnya, aku rasa cerita-cerita macam itu lagi banyak mengajar manusia tentang kehidupan. Keseronokan takkan ada hujungnya. Plus, nak cerita yang happy-happy, seronok-seronok ini ,, tengok orang sekeliling kita dah ada lebih dari apa yang ada. Zaman atom sekarang ini, remaja kurang dalam menghargai kehidupan. Kurang menghargai orang-orang disekeliling. Aku faham.. kadang-kala aku pun sebahagian daripada remaja yang sebegitu. Lupa nak hargai orang. Lupa nak “terima kasih”. Dan yang aku paling kesal ..kalau aku lupa nak kenal orang itu. Kenal-mengenal ini memang seronok. Tapi, batasan antara lelaki dan perempuan tetap kena jaga. Selagi ada kesempatan.. aku nak kenal semua orang. Tak kisah orang kenal aku ke tak (ye keh?????). IYE. Heheh..kenal-mengenal ini adalah salah satu cara dalam menjadi sebahagian dalam masyarakat. Dalam ISLAM..taaruf menjadi perkara penting. Oleh itu, sama-sama lah kita berganding bahu menghargai kehidupan yang kita bakal lalui kelak ! Buang lah sifat malu untuk bertaaruf itu. Rajin-rajinlah tegur-menegur antara satu sama lain. Bashya !!!!!
Oh ye, kepada Amirah Nadiah. Thanks call. Love to hear your voice. Bullshit to the gossip. Apa yang boleh aku buat uh mira??? Seems aku hanya mampu dengar je cerita tu dari mulut ko. I feel stupid didn’t do anyting for ‘her’. Arghhhhhh…………………
