Sunday, March 29, 2009

hope and change.

Assalamualaikum.
Sudah lama sangat diri ini tidak post apa-apa untuk blog ini ha..bukan sengaja.kesibukan masa , keadaan wifi yang tak menentu dan yang paling utama adalah kerana sedang cuba menyelami “sebab mengapa aku nak tulis blog”.

Yup

Itu lah perkara yang sentiasa berlegar-legar diminda sebagai seorang yang ada blog. Blog aku ini bukanlah blog sepopular mana-mana blog pon.ahai..siapalah yang nak baca blog aku ini kan..
Tapi, setelah diselami fikiran..insyaALLAH akan ku teruskan menulis blog.salah satu cabang dalam berdakwah. Adalah tanggung jawab seorang muslim tu berdakwah di jalan ALLAH.
Secara serius dan jujur, berdakwah ini bukan senang. Aku anggap dakwah ini seperti assignment daripada Allah yang Maha-Penyayang . Bagi pelajar-pelajar terutamanya mahasiswa/i, menghasilkan assignment yang tersenang pun ada cabaran. Betul tak??? Jadi, kita fikir-fikirkanlah cabaran ‘kerja tugasan’ Allah ini. Seharap-harapnya kita semua membantu antara satu sama lain dalam menuju jalan Allah ini.
Dikesempatan ini, nak aku beritahu tentang diri aku yang tidak seberapa ini.
DULU,aku
Budak SMKA – pakai tudung labuh, baju kurung berkancing
Sekolah agama – skip satu tahun ( darjah 3 terus naik darjah 5 ) sebab guru besar kata budak dapat nombor 1 hingga 5 dia bagi peluang skip. Tak ramai yang skip, aku rasa 2 orang je. Salah satunya aku. Bapa aku sendiri yang buat keputusan itu. Yang aku tahu, kelas aku tak sama dengan kawan-kawan yang lain tapi, bersama dengan kakak-kakak dan abang-abang. AKU terima cabarannya… best juga dapat kenal dengan ‘orang-orang tua’ ini, mereka agak open dan tak sombong langsung. Yang pasti, kena lah hormat mereka sebagai senior la kan.
Masih mengenai sekolah agama Tun Dr Ismail yang terletak di Pesta, Muar. Perkara yang sampai sekarang aku macam pelik .. serius pelik ini, exam Darjah Enam dan Darjah Khas .. aku tak sangka dapat pangkat 1. Bukan nak meninggi diri .. aku tak suka sebenarnya. Ahaks. Aku la student yang tak suka dapat results best... boleh percaya keh??? *_* Tapi, bila aku fikir-fikir balik, aku tak suka sebab orang akan expect aku ini budak terror agama. Bak kata saudara-mara dan bapak aku , dengan keputusan cam itu, dah boleh mohon kerja jadi ustazah kat negeri Darul Tak’zim ini. Wah……….. masa itu aku baru berusia 14 tahun rasanya.. exam results bukanlah penentu segalanya. Kalau ikut matlamat hidup didunia <> exam results itu rubbish. Yang penting apa kita buat dan gunakan ilmu-ilmu itu nanti pada jalan Islam. Itu barulah ‘result’ daripada apa yang kita belajar.
ahai..perkara yang sama aku fikirkan yang aku ini budak SMKA Maahad Muar…orang ramai especially orang luar selalunya akan anggap budak SMKA ini bagus-bagus agamanya. Itu memang ada betulnya. Tapi, diri yang bernama Amirah ini bukanlah seperti itu. Aku dulu sekolah fikir seronok je. Seronok dengan kawan, junior , senior , tuisyen, cikgu-cikgu and etc .Also, exam nak score best. Aku rasa itu lah yang aku nak masa sekolah dulu. Percaya tak kalau aku tak tahu apa gunanya al-mathurat itu padahal sekolah aku kalau ada kesempatan, setiap pagi baca..
Kenapa boleh macam itu ek???
Sebab aku tak menyelami keISLAMAN itu. Aku cuma menurut. Menurut kehendak ustaz/ah. Tahu baca tapi, tak mendalami makna dan faedahnya. Tidak mengikut dengan seikhlas-ikhlas kerana ALLAH.
SEKARANG----
Alhamdulilah, aku dah tahu faedah al mathurat ini. Kalau dibaca pagi.. insyaALLAh perjalanannya hari itu (waktu siang )dilindungi, diberkati dan dirahmati oleh ALLAh. Al-mathurat itu penuh dengan doa-doa yang amat diperlukan sebagai seorang muslimah yang tinggal jauh daripada family , kawan baik …orang-orang yang disayangi. Kalau dibaca lepas asar .. insyaALLAH malamnya pula dilindungi ALLAH.
Kini juga, aku tahu kepentingan dakwah dalam Islam. Menurut saifulislam. Dakwah adalah kepedulikan.

Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka
bukanlah dia itu dari kalangan mereka.
Sabda Baginda S.A.W


Pada pandangan aku, mengambil berat itu sama erti dengan peduli , Sensitif ^_^secara kasarnya, jadi busy body la. Hehe..bukan jadi macam mami jarum the movie tu..sibuk tempat lain..
AKAN DATANG
Amat diharapkan aku menjadi hamba ALLAH yang terbagusss sekali. ( bukan senang, kena kuat..gambate !!!! ). Plus, aku nak bertambah-tambah kenalan saudara-mara Islam . aku mensasarkan insyaALLAH sekurang-kurangnya seorang insan non-muslim convert ke Islam dalam hidup aku.makin ramai makin meriah..bertambah-tambah drama kehidupan ..makin mencabar..

dunia adalah komedi bagi mereka yang melakukannya, atau tragedi bagi mereka yang merasakannya.

No comments: