Thursday, April 30, 2009

kita-kita

yati-anis-mira ketika lab ecology sem 1 08/09




Menyepi dari posting untuk menyediakan diri secara fizikal dan mental menghadapi peperiksaan. Alhamdulilah, tinggal hanya satu paper examination lagi. Iaitu Introduction to Science and Technology. Disyarahkan oleh Dr Che Wan Jasimah. A lady that always and forever be “cik”. Ahaks. Kinda funny…
Diharapkan anda yang menbaca sudi mendoakan kejayaan kita bersama.
Malam ini ku posting dari bilik jiranku. Bilik nurun. Fauziah a.k.a Gee sudahpun bertolak pulang ke kampung halaman di Kelantan. Sama juga dengan Fatimah Azzahra dan Tini juga. Semoga perjalanan pergi dan balik mereka diberkati dan dilindungi. InsyaALLAH.
Gee-Fatimah Azmi-Farah Sabah-Yati-Nurun @book fair 09, PWTC.
aku ditengah-tengah. macam leader.. ahaks.. menunggu @stesen PWTC menuju ke Masjid Jamek untuk makan tengah hari tempat yang amat bahang.. global warming lerh -_-

Satu demi satu perpisahan berlaku. Masa hadapan masih ada muka yang sama disekitar anda kah??? Ada lagikah mak cik DM untuk kita ucapkan terima kasih dan selepas itu makan lauk yang disediakan dengan penuh nikmatnya? Masih ada lagikah untuk kita lihat segerombolan askar membuat roll-call lengkap dengan uniform nya? Berbaris mendapatkan makanan sambil tangan memegang kad merah yang delaminate ( aku ada hampir 5 keping kad makan...murah rezki dapat banyak kad makan. Sepatutnya seorang ada satu je ~_’ ).
Itu baru kenangan secara menyeluruh sebagai penghuni 5TH R.C. kalau sesame kita?? Ha..
Fikir-fikirkan..renung-renungkan ye..
inilah roomate ku. aisyah-huda-ain-mira semasa sambutan Tahun Baru Cina di 5TH R.C. aiyayai.. teh hijau manyak pahit lorh... erk...
Kalau dengan senior-senior jangan nak dibetahkan lagi la kan. Ntah bila dapat ditemukan semula. Tapi, bagi aku yang lagi mendalam .. perpisahan diantara kita. Mostly antara junior dengan junior. Adakah muka aku akan kekal di 5TH R.C?? siapa yang Berjaya “menawan hati” orang atasan untuk stay college? Aku ini dapat rezki di 11th R.C tapi ku tolak setelah fikir-fikir dan mak aku pun suruh lepaskan je. Kalau boleh nak dapat tinggal di 5TH R.C untuk masa sebagai pelajar tahun dua UM.
Perpisahan.. ada orang suka dan ada juga yang tak suka, sedih.. itu semua sudah qada’ dan qadar Illahi. kalau ALLAH sudah menetapkan yang akan dapat stay di 5TH R.C maka menetaplah kamu disitu. Kalau dah memang ALLAH kata tidak.. jangan di debat-debatkan lagi ye.. Andai masuk berjuta-juta projek sekalipun, kalau dah ditetapkan ALLAH tak dapat kolej.. maka tetap tak dapat. Ada tempat lain yang ALLAH sediakan yang jauh lebih bagus dan bermanfaat bagi kita. Ada hikmahnya. Sabar..sabar.. TAPI, selagi ada usaha dan peluang, seperti boleh mohon rayuan. Buat. Kena berusaha. ALLAH nak uji. Ikhlaskah kita.. nasib , rezeki kita bukanlah terletak pada tangan pengetua, felo keh ..atau JTK sekalipun..
Kehidupan sebagai pelajar junior bakal berakhir.. ya..
insyaALLAH ku bertolak pulang Sabtu ini jurus selepas selesai jawab examination. Moga ALLAH permudahkan urusanku. YA… insyaALLAH aku bakal senior bulan 7 nanti. Adik-adik manakah akan ku kenali nanti??? Debaran menanti.. ahahahha..habis ah budak-budak tu nanti..aiyayai.. perkenalan pasti berlaku. Moga pertemuan itu disulami atas dasar iman dan diredhai ALLAH s.w.t.

JODOH akan datang pada anda seperti mana maut akan datang pada anda. Anda tak dapat mengelak dari JODOH seperti mana anda tidak dapat mengelak dari maut.

Semoga ada jodoh diantara kita semua. Jalinkan ukhuwah. Banyakkan memberi salam dan sedekahkanlah senyuman =)) bersihkanlah jiwa kita dari “KEMATIAN hati”






DISMI forever !! yuhuu..kesemuanya ahli divisi aku dan farah Sabah. kecuali atie. heheh..dia divisi lain.. patut tak da kot.. smart sungguh ahli-ahli ku.. mantap ..
diri dari kiri: nurun-yati-mira-ain-tika.
duduk dari kiri: fatimah azzahra-gee-farah Sabah-atie.




kenangan DISMI sukar dilupakan..pau itu amat sedap.

minta izin undurkan diri. menyambung belajar saat-saat terakhir sebelum menjawab soalan dalam masa xsamapi 72 jam je lagi ini. semoga ALLAH berkati ilmu-ilmu yang kita belajar dan dipermudahkan bagi kita untuk mengamalkan ilmu0ilmu itu.. insyaALLAH. oh ye.. jangan meniru. berserahkanlah segalanya kepada ALLAH s.w.t. bertawakkal. ustaz Sobri berkata, "Tidak layak seseorang itu bertawakkal jika dia tidak berusaha kerana syarat untuk bertawakkal ialah berusaha. Dan sekiranya meniru, itu bermakna kamu tidak ada kebergantungan dengan ALLAH s.w.t."




moga ada Jodoh antara kami. InsyaALLAH.



semoga kejayaan milik kita bersama. ameen ~
SEBELUM ITU, sejuta kemaafan dipinta jika ada tersalah kata tersilap perbuata sepanjang perkenalan kita. moga ukhuwah yang terjalin diberkati dan dirahmati.
kenangan yang ada kita ingati. semoga menjadi pengalaman yang tidak dapat dibayar harga nilainya itu.samaada buruk atau baik..itu adalah kita. kenangan kita.izinkan ku pergi ~

Saturday, April 18, 2009

9h March

keluarga Aya yang penyayang.



Salam sejahtera buat yang membaca ini.




Em.. tiada ilham untuk posting kali ini. Dalam kepala ingat kat Nurun Nabila. HEHEH.. tak ku sangka. Aku sahaja nak bergurau-gurau manja ala-ala demand dengan dia je. Carikan lagu soundtrack 1 Litre of Tears (1LOT). ya.. handal juga perempuan ni (padahal biasa je) hehe.. bukan selalu dan semua orang dapat pujian dari aku. lebih-lebih pujian itu untuk tontonon satu dunia. Semoga nurun makin “kembang” ye ~_’








Aku mahukan satu lagu sahaja. Tapi, dia bagi tiga. Mantap kamu nurun !! yeah !! Semua lagu soundtrack cerita itu. Wah, ku jatuh hati sudah dengan band yang bawa lagu soundtrack itu. Band Remioromen. Em.. agak pelik, jelik dan sukar untuk menyebutnya. Hahah.. tak kisahlah.
Suara macho kot.. plus, dengan bunyi bass dan drum.. yuhuuu.. kalau dibiarkan, boleh hanyut iman aku ini. insyaALLAH, lama-lama nanti basi dah lagu band ini di telinga ku. Sebasi nasi yang lama dibiarkan.. yeah….









Salah satu Lagu yang dinyanyikan band ini ialah Sangatsu Kokonoka (3gatsu 9ka). Ehem.. makin bertambah sukar sebutan ~ *sigh*. Diterjemahkan: 9TH March. Why that date uh?? Em.. mungkin itu dah nak masuk musim luruh .. kerana ada perkataan sakura yang aku dengar. Try ah check-out lagu itu.Aku malas nak linkkan. cari sendiri ya. seperti nurun.cari...kalau nak la kan ~.








Anyway, mari aku ceritakan sikit tentang lagu itu. Fisrt and foremost, the reason why I love that song. Because lagu itu sebenarnya lagu sedih (agaknya) tapi, rentak muzik dan melodinya bolehlah tahan rancak. So, emosi yang disampaikan oleh penyanyi itu aku kira Berjaya lah. Memandangkan lagu jepun yang bukanlah menjadi pilihan utama aku. aku kira lagu 3gatsu 9ka mantap-hebat-menarik-mesti-kena-dengar ^_^









Kisah 1LOT ini aku tengok sebab galakan oleh idzuan. Kawan dari Segamat yang sedang menuntut di UITM Shah Alam. Secara jujrunya,dia menangis-menangis tengok cerita ini. Termasuklah rakan skinhead dia. Sob..sob.. baru aku faham mengapa boleh mengalir air mata. tahap kesedihan aku bagi full 100 marks. Ceh! Mana taknya, hampir setiap episode meleleh keluar air mata. agak bengkak juga mata aku. padahal, jalan cerita tak adalah kreatif sangat. Simple ada lah. Awal-awal cerita dah dapat tahu ada penyakit maut. Penyakit spinocerebellar degeneration. so, kita dah boleh menjangkakan penghabisan cerita itu adalah dengan kematian. That’s all.









Tapi, yang membawa kepada sebak-pilu, skripnya. Dari segi lakonan. Bagi marks 90% la. Boleh nampak dan kesampaian lakonan yang dibuat. Even lakonan untuk jadi kelakar (mostly lakonan bapa Aya). Lakonan mereka tepat sampai ke dalam hati. Mendalam. Menyentuh jiwa melihat Aya berusaha sehabis mungkin untuk tidak mensia-siakan masanya. Seboleh-bolehnya dia tak mahu dianggap lemah.












Aku tak tipu la weyh. Kalau ada kesempatan untuk tengok kisah ini. Tak perlu fikir banyak-banyak. Sediakan tisu, air sebotol keh.. makanan aku rasa tak perlulah. Cerita orang nak mati ini buat aku tak ada selera nak mengunyah. Ha.. kepada Iman jiranku. Terima kasih banyak-banyak sebab pinjamkan aku cd itu. Iman ini best. Dia ada macam-macam cerita yang agak uniklah *_* oh yea, residential evil aku masih belum sempat tengok. Tengok kat rumah rasanya nanti. Aku layan cerita korea dulu. Cerita ‘Crazy First Love’. Ya.. betul-betul cinta pertama yang gila. Gila bayang yang tahap paling dashyat la aku rasa. Ahaks! CD movie Fatimah nyer. Terima kasih buat Fatimah juga.



lelaki yang tak sanggup berhadapan dengan Aya yang bakal cacat. nak cun.. jeh.
hampehnyer lelaki!!!! boooo...






he's the man!! in love with Aya till death.




Back to the song, lagu ini ada dinyanyikan dalam cerita 1LOT. Maksud aku, dinyanyikan secara koir. Koir budak kelas Aya. Part Aya nak pindah sekolah masuk sekolah khas untuk orang-orang cacat, satu kelas pergi nyanyikan lagu ini untuk dia. Yang paling tak tahan. balak dia jadi leader nyanyi lagu itu. Sayu seyh. Ye la.. dia seboleh-bolehnya tak nak pindah sekolah sebab dia nak bersama dengan rakan-rakan dia. Dia amat sayangkan rakan-rakan dia. Kawan- kawan dia pula buat masa itu tak selasa dengan keadaan dia yang lambat(cacat) Em.. malas la nak cerita lebih-lebih. Pergilah tengok kalau ada kesempatan. InsyaALLAH menangis lah siapa yang menontonnya.



inilah yang berlaku ketika si Aya nak blah dari sekolah lama. hijrah....





The point is, this story will make you know how lucky being in the life.being apart of some one else life is the best thing.


Iye... Daripada boleh lari-lari lintang pukang, cakap/bergosip-gosip, ketawa, bercinta, berkahwin dan secara tetiba di usia 15 tahun (agaknya) dah tak dapat buat semua itu. Bayangkan habiskan cuti semester kat hospital je. Peh.. tak sanggup aku kalau kena stay kat mana-mana hospital di Malaysia ini. Tersangat lah bosan.



Kepada pembaca blog aku ini. Hargailah kehidupan.



"dunia adalah komedi bagi mereka yang melakukannya, atau tragedi bagi mereka yang merasakannya."

gambar tetap diambil sebagai kenangan sebelum si dia pergi ....





p/s: alhamdulilah lepas sudah satu paper. Next paper, next life.. kehidupan mesti diteruskan. GAMBATE !!!!

Tuesday, April 14, 2009

ntah

muslimat semasa jamuan hari raya balai islam.



Assalamualaikum.




Ahai..semester dua tahun pertama di 5TH R.C, UM bakal tiba dipenghujungnya. Em.. betapa sedihnya aku bila fikir hal ini. Kalau boleh tak nak fikirkan. Tapi, sudah ditetapkan Illahi. yang awal, ada akhirnya. Yang hidup ada matinya. Itulah janji ALLAH s.w.t.





13 April menyaksikan aktiviti terakhir balai Islam 5TH R.C secara rasminya. Ya..malam perpisahan. Malam itu, tiada setitik air mata yang mengalir. Tapi, sedang aku posting ini, adalah setitik dua keluar. Tak dapat aku tahan bila memikirkan perpisahan dengan senior-senior balai Islam. Terutamanya, kak Noni. Kakak usrah di 5th R.C. Kakak yang bersaiz kecil comel molek. Bicara mulut yang tidak pernah kasar dan kuat macam aku ini ha. Tapi, berjiwa besar. Kakak yang mengajar aku erti kelebihan al-mathurat. Yang membuka minda aku daripada sekularisme dan kapitalisme. Yang memandu aku supaya kuat untuk jadi pendakwah dan betapa pentingnya ada gerakan. Ah… sukar untuk aku luahkan secara zahirnya betapa pentingnya kak Noni dalam hidup aku. tak dapat bayangkan kalau malam tadi kak Noni ada. Makin touching aku. sekarang ini pun tak dapat jumpa dia lagi. Kak noni balik rumah abang dia. Ntah kan bila dapat jumpa.








Bukan setakat kak Noni sahaja yang aku kasihkan. Dan yang aku rindui. bukan senang untuk aku cakap aku rindu orang, kasihkan orang.ni tengah segan. Tapi, tak dapat tahan. tu yang posting tentang ini. Harap dapat memahami.


dari kiri: kak diana, kak sarah, kak fida, kak aiza, atie, kak natrah.
duduk:kak wawa.


Kak Wahida yang sentiasa ada untuk beri nasihat, tazkirah, galakan untuk meghidupkan Islam dijiwa aku yang lemah ini. Betapa penting untuk memakmurkan Rumah ALLAH. Solat berjemaah.
Kak Diana. Ahaks! Si comel yang sentiasa menceriakan suasana. Menjadikan setiap pertemuan tidak dapat dilupakan. Ketawanya.. ahaks…
Kak Natrah. Mulut kak Diana pernah berbunyi “ orang cerita pasal donut. Bukan pasal Nat”. ahaks..Kak Nat. tinggi lampai orang Kedah ini. Senyuman tak pernah lekang.







kakak sedang sibuk nak bungkuskan bubur masa Hari Asyura.


Kak Lin. Orang Telok Mas, Melaka. Ucapan terima kasih mencarikan/meminjamkan kot untuk projek DISMI. Saat-saat kritikal untuk cari kot pada masa itu. Alhamdulilah, bukan setakat satu kot je kak ni carikan. Dua kot !. walaupun kisah kita kot yang saya paparkan. Tapi, itulah antara kenangan yang tidak saya lupakan. InsyaALLAH.
Haaa.. kak Aiza. Orang Melaka juga ini. Sudah berpunya. Sah menjadi isteri orang dalam dua bulan yang lalu. Baby bila lagi ya??? Hehe.. sedih sangat aku sebab tak dapat pergi majlis perkahwinan kak ini. Bukan pe, sesame orang selatan. Melaka dengan Muar apa la sangat jauhnya. Kan??







Kak Fida. Eem..sebenarnya tak pasti nama sebenar nama kak ini.sebab, sukar sangat nak dengar mulut kak ini berkata-kata. Banyak berdiam diri. Tak pa la. Diam itukan satu ibadah.






Ha… mana mungkin lupakan kak Wawa. Ex-PALAPES DARAT. Kak Wawa yang selamba Islamik. “selamba Islamik??” hehe..maksudnya, selamba yang tak keterlaluan. Masih ada batasan agama. kak Maryam roommate kak Wawa. Ex-PALAPES DARAT juga. Kepada kak Maryam yang mengajar saya sedikit sebanyak tentang tajwid al-Quran. Terima kasih banyak-banyak.







Seorang lagi …kak Mas !!! ya.. kak Mas tinggi-tinggi orangnya. not talking too much. Kak ni sweet..kakak-kakak senior yang aku cerita ini semuanya (kecuali kak Noni), bakal pendidik. Alhamdulilah. insyaALLAh ada diantara mereka yang mengajar anak aku. anak kamu mungkin juga. Kak Noni, bakal akautan mungkin. Businesswomen insyaALLAH.







Tak semua kak senior dapat aku ceritakan. Walaupun tak selalu bercakap pun, tak serapat macam dengan kawan-kawan. Tak bergelak besar. ntah mengapa hati ini rindukan semacam. Ya. Itulah yang berlaku apabila pertemuan dan perpisahan yang disulami dengan iman.






Kepada senior-senior lelaki. Takkan ku lupakan ustaz Sobri. Orang pertama balai Islam 5TH R.C yang aku kenali. Abang longku semasa Minggu Mesra Pelajar. Minggu kedua semasa di UM. Memberi banyak ilmu tentang Aqidah. Memberi ceramah harian di Balai Islam. Bila teringat hal lama, kelakar sungguh. Amat aku tidak sangka betapa besarnya peranan dia dalam Balai Islam 5TH. Timbalan pengarah JKP Balai Islam. Ditambah, pengarah projek Kursus Praktikal Ibadah (KPI). KPI merupakan projek kolej yang memakan masa paling lama iaitu dua minggu. Dan satu-satunya projek yang aku masuk, aku dapat saguhati RM 10 sebagai AJK Penerbitan. Ha..yang kelakarnya,dulu masa aku masih jahil tentang agama. Masih dengan sikap kebudak-budakkan dan sikap Selamba tak Islamik, aku rajin tegur-tegur orang. Tak kisahla orang itu siapa. Tua,muda,lelaki, perempuan … semua layan. Kurang sikap malu. Jadi, aku dengan selamba tak Islamik dan yakinnya sentiasa menegur ustaz Sobri. Dah family ‘abang long’ la katakan kan….ustaz Sobri pula segan dengan aku. terkejut juga la dia masa aku selamba-selamba tegur dia.waduh..waduh..jatuh saham ~_’ hahai.. bila dah sekarang ini. Wah..MALU bila ingat balik. ALhamdulilah. Sudah sedar diri. Tak mahu buat lagi.

"harga maruah seorang muslimah kan terletak kepada tingginya mahkota malu mereka"
terima kasih ustaz.



dari kiri:ustaz Tarmizi,*foreigner(tak kenal),alhafiz,abang faisal.
berdiri belakang:abang amin.




Abang Amin. Pakar laptop/pc. Servis sentiasa ada. insyaALLAH. Ini bukan tahun terakhirnya. Tapi, dia nak tinggal tempat lain. Dah tak nak kat 5th R.C ni lagi. Hehe. Inilah JTK Balai Islam 5TH. Kuasa tertinggi. Orang Kelantan. Sentiasa memastikan balai Islam sentiasa bergerak. Dan yang paling berkait dengan aku, abang Amin yang sentiasa bantu unit aku. aku ini AJK penerbitan. Tapi, apalah sangat yang aku buat. Bukan tak nak bantu. Tapi, apa yang aku buat tak lah sehebat pelajar sains computer ini buat la kan.. orang pro..im pity of my self…






abang nizam & ustaz Sobri.


Em..sikit cerita tentang abang Nizam. Suara dia comel. Macam sinchan.. (0^_^0)
Ha.. abang Faizal. Cis..sengaja main-mainkan aku depan orang ramai masa malam perpisahan tu. Malu la. Lebih-lebih depan si…..(tut)…. Wahahah. Abang ini perlu makan lebih. Setia dengan PALAPESnya. Jangan sangka kurus-kurus cam gitu mulut tak kuat. Orang yang paling bising + kecoh malam perpisahan itu. Orang bernasyid dibaginya pokok. Ahai..menceriakan suasana.

Sesiapa yang hadir malam perpisahan..terutamanya seniors, thanks very much. Kak noni, wah…rindu la…tak ada usrah lagi kah????








Dan kepada semua student yang akan ada exam, GOODLUCK. Semoga Berjaya. Banyakkan study dan juga dekatkan diri itu lagi dengan ALLAH s.w.t. Jangan segan-segan nak minta dengan Tuhan ya. Lepas dah jawab exam.. bertawakkal.








Untuk pengetahuan semua, aku mula exam dengan paper Bahasa Inggeris pada 17 April (Jumaat). InsyaALLAH berakhir pada hari sabtu, 2 Mei dengan paper Dr. Che Wan Jasimah. Sama-sama kita doakan kejayaan kita bersama. Kejayaan dan keimanan di dalam amalan seiring dan sejalan. Amin ~




*Benarlah apa yang telah dikata.Penantian itu satu
penyiksaan.Kepastian membunuh kerisauan.Ketabahan mendamai keresahan.

Dalam dada ada bara cinta yang menyala.Dalam cinta ada kita
berdua.Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa.Dengan iman dapat kita
membendungnya* nyanyian nasyid FIRDAUS.



ntah bila dapat jumpa lagi. ya..NTAH.. suatu yang tak pasti tapi yang amat dikehendaki dan dihargai(tengok dengan siapalah kan). kepada seniors, semoga kita berjumpa lagi didalam keadaan yang lebih baik. dan kepada rakan-rakan yang sudi membaca, wish all of u have a wonderful, amazing and unforgetable being junior. pada masa akan datang, diharapkan kita menjadi insan yang lebih hebat dan makin bertambah iman..inSyaALLAH.

Monday, April 13, 2009

mak bapak haram





Salam sayang buat yang sudi membaca ini.




Tanggal 12 April 2009, tarikh dimana aku menjadi babysitter buat pertama kalinya. Nak kata mudah.. tidak juga.. Susah?? Jauh sekali. Hehe.. equall-equall la ceritanya ya.. tempat aku kerja itu namanya Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Awal-awal pagi dah siap-siap nak pergi kesana. Partner aku si Farah Sabah. Dah lama tak bersama-sama dengan dia melakukan sesuatu. Kira lama juga la kami tidak berborak berdua-duaan ini. Heh.. terubat rindu.



Budak yang perlu dijaga 10 orang. Yang menjaga ada 5 orang (termasuk kami). Aku dan farah la babysitter yang paling muda + single mingle lagi. Belum masuk pintu nursery dah dengar bayi menangis. Huhuuh.. aku dan farah teruja dengar. Cabaran menjelma. Wahahah.. ramai budaknya. Masing-masing buat hal sendiri. Kacau mana-mana pun tak ada gunanya. Alhamdulilah, budak-budak yang ada tak banyak meragam. Banyak bergerak itu da memang pasti la kan.







Aku paling suka bagi budak-budak makanan. Sebab aku suka makanan (boleh terima kah alas an itu??). seronok menyumbat makanan. Tapi, bab tidurkan budak. Ahai..aku fail. Tak la fail 100%. Aku just dapat bagi budak itu mamai-mamai-ngantuk je. Lelap tak ada pun. Kecewa la juga. Sebab kak-kak babysitter yang lain mantap. Kejap je dah dapat tidurkan budak. Mungkin suara aku sumbang. Sebab itu, aku dodoikan berapa lama sekali pun … payah..payah..aku perlu tabah.. sob..sob..







Lepas melayan budak-budak, aku dan farah menjamu selera di ruang makan hotel itu. Em… sodap jugak. Heheh.. variety of food. First time kalinya juga, aku makan laksa Sarawak. Sedap..sedap… nasi teratai .. buah-buahan yang menimbun-nimbun.. wah… aku sukakan makanan..yuhuuu..







Tapi, dalam syok-syok makan itu alhamdulilah aku teringat sepotong ayat al-Quran yang bermaksud:


“Makanlah dan minumlah, tetapi janganlah kamu berlebih-lebihan”.Surah Al-A’raf. Ayat 31.

Baginda Rasulullah juga bersabda :
“ Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan
darah. Oleh itu, sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan”.

(Hadith riwayat Ahmad)…








Em… lantas, ku sudahi makanan aku itu lalu pulang ke 5th R.C. dengan dihantar oleh suami kak Noraini (kak Naqebah dari ISMA). Rupa-rupanya, suami kak Noraini tu, mantan UM. Lebih mengejutkan. Ex-resident of 5TH R.C juga. Huhu.. patutlah dia tanya boleh tak, nak hantar kita orang masuk sampai dalam kolej..oh..rupanya nak tengok-tengok kolej lama dia. Dia kata tak berubah pun Dayasari itu. Ahaks.. no wonder ada macam berkulat-kulat 5TH R.C ni kan?? Huuu.. dari apa yang diceritakan, suami kak Noraini ini lama sudah tinggalkan UM. Lama keh?? Ntah la… suami kak itu pelajar APIUM. Masa zaman dia, APIUM yang terbina sekarang ini masih belum dibina. Kira lama la juga.. tidak begitu????? Anyway, welcome back senior *_*









Apa yang aku cerita ini ..bukanlah semata-mata dan senang-senang je nak kepoh bagitahu semua orang. Aku cerita tentang bayi kan? (hal suami kak Noraini tu lain cerita lerh). Bayi itu terhasil daripada benih lelaki dan perempuan. Apa cara nak cantumkan benih lelaki dan perempuan??? Tiga huruf, S-E-X. itu saja lah cara yang insyaALLAH dapat menghasilkan bayi dengan lengkapnya. Kesempurnaan bayi itu terletak pada ALLAH. Sex ini ada dua. Sex halal, dan sex haram. Mana yang kita nak pilih??? Tidak semestinya ada ilmu agama pilih sex halal kan??? Dan tidak semestinya orang yang buta huruf pilih sex haram pulak kan??? Macam-macam orang di bumi milik ALLAH ini. Bak motto ASTRO, “macam-macam ada”








Em..perkara yang aku nak sampaikan ini agak berat isunya. Sukar untuk aku menzahirkan apa yang aku fikirkan tentang hal sebegini. Banyak idea yang timbul. Nak pilih the best untuk bacaan yang sudi membaca ini. Sabar---sabar….
Senang cerita :

Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan
lampin.
Got it???






“Urusan lampin” itu luas maksudnya. Kebanyakkan yang memilih sex haram (nauzubillah, Ya ALLah jauhkan keluargaku,saudara-maraku, rakan-sahabatku, umat Islam sedunia daripada melakukan perbuatan ini. Amin~) akan menghasilkan anak haram.. sesungguhnya aku benci perkataan anak haram. Sebab: anak yang lahir didunia tiada haram dan halalnya. Anak itu suci. sanggupkah kita panggil bayi yang baru lahir, merengek-rengek, bayi haram?? Oh tidak..aku tak sanggup. Tapi, aku sanggup panggil mak bapak bayi itu haram. MAK BAPAK HARAM. Jelas dan nyata. Salah sendiri tanggung sendiri. Di zaman switch-press sekarang ini, anak yang halal pun terabai-abai. Anak yang haram lagi la pula kan??? Terkapai-kapai hingga urusan perkahwinan anak itu nanti pun boleh jadi hal. Bakal mentua tak terima la..ok lagi tu. Bakal suami/isteri tak sanggup terima pula.. frust menonggeng pulak dah -_-






Nak tambah, sex haram adalah lebih kepada kepuasan diri. Ehem… sex memang untuk kepuasan diri dari segi batin yang saling melengkapi antara lelaki dan perempuan. Tapi, Maksud yang aku ingin sampaikan ialah, orang yang berzina=sex haram ini tujuan buat sex nak puaskkan diri adalah semata-mata demi nafsu amarah. Nak berniat dapatkan zuriat yang soleh/a??? haak tuuihh.. no way it can be that way right?

Tapi, macam mana dengan bayi yang lahir apabila ibunya dirogol?? Itu hal yang tersendiri. Cerita lain. Tidak boleh dicampur-adukkan dengan hal zina-sex haram.

Wahai yang sanggup membaca blog aku ini. Apa yang aku nak sangat sampaikan ialah. Zina itu haram. Jangan hampiri zina. Anti-couple. Kalau dah syok/suka sangat kepada sesiapa(pastikan berlainan jantina) be serius. Ada caranya. Pernikahan. First step maybe, pertunangan..later..pernikahan..insyaALLAH. buang masa, tenaga, kredit, dan yang paling merugikan buang kasih sayang. Penat-penat curah kasih, ucap sayang tak putus-putus, akhirmya break-up=clash macam itu je. Pity..pity…pity..









Kenapa perlu anti-couple? Sebab couple itu termasuk dalam perkara yang menghampiri zina. Tahukan zina itu haram. Menghampiri zina pun haram. Haram itu merujuk kepada neraka. Banyak kali sungguh aku ulang tentang zina itu haram. Address blog aku pun benda yang sama juga. Pilih address yang sebegitu sebab perkara ini perkara serius. Tercatat juga di dalam Al-Quran. Tapi, dunia sekarang ini macam rilex je dengan hal-hal sebegini. Tak kisah langsung. Makin bertambah teruk dan banyak kes-kes bayi dibuang. Sepatutnya kes bayi dibuang tiada di Negara Islam Malaysia ini. Aku rasa trademark “katakan tak nak kepada rokok itu” tukar—“Tak Nak Zina”. Em..tak perlu tukar. Tambah. Bukan sambung ayat ya!







Seharapnya juga, sebagai hamba ALLAH sewajibnya kita ambil tahu akan hal individu yang lain. Be sensitive. Be busybody in Islam. Not kepochi or mami jarum keh pulak…
Last but not least, selamanya haram zina itu. Jauhilah zina.






"Kemudian Kami menjadikan benih nuthfah itu alaqah. Kemudian daripada alaqah
Kami jadikan mudghah. Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami
tutup tulang itu dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain.
Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.”


surah al-Mukminun ayat 14

Friday, April 10, 2009

Aku anak. Anak aku.




Assalamualaikum.



Untuk pengetahuan semua, alhamdulilah semua assignment yang sepatutnya dihantar telah aku hantar. Rasa lega. Tapi, tidak juga. Ntah betul ke tidak. Bertawakkal. Itulah jawapannya. InsyaALLAH semuanya berada dalam keadaan baik.







Alhamdulilah juga sebab dapat berpuasa nazar hari ini. Berpuasa nazar sebab kunci ada hilang hari itu, ntah macam mana ada orang pulangkan tiba-tiba. Nasib baik aku tulis detail penuh tentang kat mana bilik aku, kolej aku.. wahahahah.. teringat saat asri kutuk aku sebab tulis semua tu. See.. we don’t know what happen in the future. Alhamdulilah, ALLAH gerakkan hati aku, tangan aku buat semua itu. Jumpa juga aku dengan kunci bilik dan kunci loker itu. Ahai ~





Sebelum berbuka puasa, (aku buka puasa di surau 5th R.C. Setiap isnin dan khamis ada tazkirah sebelum berbuka puasa) ehem… Ridzuan bagi tazkirah hari ini rupanya. Pertama kali aku dengar tazkirah dari dia. Em… apa yang disampaikan best, bagus. Just, agak laju la dia cakap. Kelam-kabut aku nak dengar. Ditambah dengan loghart/slang Penang+ Kedah. Huuu.. nervous mungkin. Need more effort okies~




Tazkirah yang disampaikan simple je. Tentang ketaatan kepada kedua ibu bapa. Difokuskan kepada bonda kita. Wahai rakan-rakan, Seamat-amat pentingnya kita taat+sayang+jaga+melindungi ibu kita itu. Cuba Tanya kat ibu, susah tak lahirkan kita??? Sakit???? Ha… dijawabnya dengan penuh lembut/perlahan “sakit…” hakikatnya, betapa kuatnya kesakitanya yang perlu ditanggung oleh ibu semasa mengandungkan,melahirkan terutamanya dan menjaga kita hingga kini. Kalau yang baca ini perempuan, bayangkan anda ditempat mereka. Kena bayangkan. Sebab kat dunia yang penuh pancaroba ini, hanya kaum hawa makhluk ALLAH sahajalah yang boleh melakukan perbuatan melahirkan anak manusia.


kaedah baru melahirkan anak dalam air.





Erm..masa aku sekolah menengah- umur belasan tahun, pernah terfikir tak mahu lahirkan anak.kalau nak lahirkan pun, cukup satu atau dua je. No lebih-lebih. Tapi, setelah dapat banyak info dan tahu kelebihan,keistimewaan,kekuatan melahirkan anak ini… insyaALLAH jika diberi rezeki selagi mampu, boleh je berapa-berapa pun.ahaks.







Back to topic. Menurut yang beri tazkirah. Tujuan dia bawa tajuk ini sebab perkara ini simple. Tapi, perkara ini yang selalu menjadi hal. Aku setuju benar. Bukan mudah nak jadi anak soleh/a. especially di zaman canggih ini. Untuk pengetahuan semua, sedia maklum suara aku ini sememangnya tak merdu mana pun. Tapi, kuatnya, lantangnya suara aku boleh tahan. Kadang-kadang aku khuatir jika mak aku terasa dengan kekuatan volume suara aku itu. Aku try dah cakap lembut..perlahan.. tapi, it just not me. Aku akan terus cuba dan cuba..lagi satu, aku kalau cakap dengan mak aku (sesiapa juga) mostly kedengaran macam demanding. Padahal tidak.








Kalau tak macam demanding, macam orang marah-marah. Padahal aku tak marah. Haa.. hal marah-marah ini memang betul. Semasa projek Jalinan Muhibbah. Ditugaskan sebagai penolong kem komander, aku diperlukan menjadi tegas. Al-maklum, jaga disiplin. Suara kena kuat, itu tidak menjadi masalah. Itu Bagi aku la kan. Bagi orang yang melihat??? Melihat tapi tidak berada dalam situasi aku. Mereka cakap aku suka marah-marah. And yang paling kelakar, terlalu tegas??? Ya. Terlalu tegas sampaikan ada budak yang tak nak datang kem tu lagih. Ada yang takut-takut.Aiyayai…








See what happen ok. Yang cakap banyak pasal “ketegasan” aku kebanyakan ialah daripada rakan-rakan aku. Budak-budak sekolah yang menjadi peserta, boleh cakap, sememangnya aku kena terlalu tegas sebab mereka sendiri bersikap melampau. Ada juga cakap, “terima kasih sebab tegas”. Adoi.. pelik aku. stress. Agak down la juga masa itu.Itulah yang dinamakan cabaran. Aku bersyukur sangat-sangat kerana ada sesetengah pihak yang masih memahami diri ini walaupun aku tak minta pun difahami. Aku hanya lakukan tugas ini dengan seikhlas yang boleh.








Hal yang berlalu biarkan ia pergi. Hal penting ini..iaitu bondaku dan ayahanda aku. ntah apa perasaan mereka kalau mereka rasakan “ketegasan” aku. Ya ALLAH. Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi anak derhaka, degil, keras kepala..ameen…









The conclusion is, sayangilah ibu bapa kita. Terutama yang melahirkan kita. Didalam al-quran mahupun hadis, mentaati mereka adalah antara perkara wajib yang amat perlu dititikberatkan. Oh ye, ingin ditambah disini, terdapat 3 perkara yang sememangnya/semulianya perlu dilakukan. Kata baginda Rasulluallah, pertama: solat pada awal waktunya. Kedua:mentaati kedua ibu bapa. Ketiga:berjuang pada jalan Allah.







:::::::::::Permudahkanlah usaha,urusan kita menjadi anak soleh/a::::::::::::::

Tuesday, April 7, 2009

istana kuda-kuda emas

zaimah-mira-nurun-wani




Assalamualaikum pembuka bicara.
Hari ini ada presentation BI. Tak ramai.dalam lebih kurang 5-6 orang. InsyaALLAH semuanya berjalan lancar. Doakan aku Berjaya ya. Anyway, roommate aku seorang ini jatuh sakit. Cik Siti Aisyah. Demam. Penangan Malam Penghargaan Dayasari (MPD) ~annual dinner 5th R.C. mungkin. Heheh.. aku pula kena flu. Ain masih dengan batuk-batuk. Huda alhamdulilah sihat. Kat UM sekarang ini ramai la juga yang jatuh sakit. Next week dah nak exam. Masa itu juga lah sakit menyerang. Nak kata nasib baik juga kena masa-masa cam gini. Ye lakan.. kelas banyak dah tiada dah. Tapi, nak revision dalam keadaan tak sihat..amat memerlukan kesungguhan , keazaman yang memuncak. Semoga ALLAH memberkati, merahmati kami semua.ameen……………………………………
sebilik.huda-mira-ain-aisyah





Tentang MPD 08/09. Bagi aku, ok la.tak kelam kabut. The venue??. Mantap tu beb! Mantap keh? Ditabalkan sebagai hotel 6 bintang, tak silap untuk mengatakan ia mantap. Hotel The Palace of the Golden Horses. Bukan calang-calang tempat itu. Tempat mawi/ekin bersanding itu. Just yang amat-amat aku tak puas hati giler-giler-sangat-sangat ialah, surau hotel itu. Atau lebih spesifik, surau Royal Ballroomnya. Boleh tahan kecil. Plus, boleh pula share dengan boys nya space. Sengal kot?! Arghhhhh… antara lelaki dan perempuan hanya dipisahkan dengan tirai langsir. Huh! Aku dengan nurun nabila siap boleh kena tegur dengan lelaki mana ntah menyuruh kita orang senyap. Geram..geram.. kita orang tak bercakap pun. Bisik-bisik je. Kan nurun kan??? Bukan nak salah atau marahkan lelaki itu. Tapi, keadaan surau itu. Damnly s*ck. Inilah masalah besar industry perhotelan di Malaysia. Agama Islam agama rasmi. Tapi, apa kejadahnya situasi keadaan tempat itu sebegitu?? Di hotel 6 bintang pula tuh.. surau kat Plus Highway lagih hebat. Haakk tuuihhhh la orang yang memikirkan plan istana tiruan itu. Tiada nilai patriotism langsung. Laungkan je merdeka! merdeka!. Cukai bayar. Tapi, agama rasmi Negara diremeh-temehkan. Nilai sensitivity sebagai orang Islam lagih la jauh agaknya. Astaqfirullah al-azim…. Aku tak sepatutnya mengata orang sebegitu. Sejujurnya, empunya diri minta maaf dan yang membaca ini janganlah mencontohi sifat saya itu ya. Sebagai orang Islam, ALLAH mengkehendaki umatnya bersifat sabar, redha dan bersangka baik.

Once again, Jadilah hamba ALLAH yang mempunyai ciri-ciri sabar, redha dan
bersangak baik.


Sama-samalah kita berdoa menjadi hamba ALLAH seperti yang dikehendakinya. Ameen……………….

Sambung semula kisah MPD, majlis berjalan lancar. Tapi, hati aku yang tak lancar. Why?? Susah..susah.. ditambah dengan tema “Raikan Cinta”. Somebody that I like just sit in front of me. Not exactly depan-depan mata la. Table dia sebelah table aku. Mata aku, hati aku, perasaan aku, mana boleh tahan. Aku ini masih hamba ALLAH yang lemah. Dan selemah-lemah aku itulah, syaitan sekuat-kuatnya mehasut aku, memporak-perandakan lagi jiwa aku. Rasa macam nak pergi kat si dia straight to the point state what the feelings. Tapi, ntah mengapa… rasa itu hanya rasa. Kaki, tangan, organ-organ semacam tak mengizinkan aku. Terfikir juga seketika, aku nak je jadi seperti Zulaikha. Zulaikha seorang isteri yang mengilai Nabi Yusuf. Dia tanpa memikirkan apa yang akan berlaku, terus-menerus meluahkan cintanya kepada Nabi Yusuf. Membelakangi suaminya. Astaqfirullah al-azim. Nauzubillah. Jauhkanlah diri aku ini menjadi seperti Zulaikha apabila aku sudah menikah kelak. Rakan-rakanku juga. InsyaALLAH.
Setakat ini aku tidak pernah melafazkan kata-kata cinta kepada mana-mana lelaki. Cakap suka-suka itu adalah. Tahap cinta itu..huhuhu..bukan dengan sebarangan orang aku mampu lafazkan.susah.memang agak benar apa yang Dato Dr Fadilah Kamsah membuat kajian. Orang lahir bulan April ini sukar untuk jatuh cinta. Tapi, once they fall in love. Dia ialah hamba cinta. Sebab sukar jatuh cinta itulah, syaitan banyak memainkan peranan. Syaitan tetap syaitan. Buat sakit hati je aku nak cerita tentang syaitan ini.

table 43:ain-wafa-aisyah-atikah-huda.some one else too???


Kepada yang membaca, apa yang aku cerita adalah mengenai diri aku sendiri. Tidak salah seorang perempuan itu meluahkan perasaan cinta dan suka nya itu. Tapi, bagi aku.. luahan perasaan hati aku itu aku mahu hanya untuk orang yang sepatutnya.selayaknya. seorang yang menepati ciri-ciri yang sudah digariskan didalam Islam. Ada lima rasanya ciri-ciri itu. Aku tak ingat kesemuanya. Tapi, yang paling utama dan penting, agamanya. Fikir-fikirkan, renung-renungkan… insyaALLAH nanti aku postkan mengenai ciri-ciri calon suami/isteri.

wahaha.. handsome guy.mr R. ciri-ciri??? hehe

Wahai anda yang membaca, aku ini bukanlah hebat sangat tentang agama. Masih menuntut. Silap dan salah aku bagitahu aku. Yang benar, kita kongsikan bersama. Ok la. undur diri yang hina ini. Mahu solat dan study.

Wednesday, April 1, 2009

cerita jari

Assalamualaikum.
Moshi-moshi


Untuk pengetahuan semua. Hari ini aku bangun lambat giler. Hua..hua..hua.. aku sendiri terkejut aku bangun lambat. Ku ingat hujan ditengah jalan.tapi… terlajak hingga ke mana ha??? em..betul kah peribahasa aku itu?? Wahahah.. maaf lah BM aku tak sehandal=sehebat=seghairah kamu. Buat-buat faham je la ok?


Ha.. aku ada jumpa satu perkara yang seronok untuk dikongsikan sama-sama ni. Tapi, bendanya tak perlu kongsi-kongsi. Sebab: masing-masing manusia ada benda itu. Apakah benda itu??? Heheheh…
JARI.
Yup. Tambah sikit.


J-A-R-I J-E-M-A-R-I


Let’s start it ok?!


Jari ibu. Melambangkan apa??? Cuba fikir-fikirkan… fikir la kejap. Mesti malas kan?? Aku dah agak dah. Kalau aku jadi yang membaca pun, sama je. Ok la. Jari ibu melambangkan agama Islam. Lebih tepat, iman. Jari ibu amatlah penting. Mengapa ya?? Aiikk… bayangkan kalau angkat tray di dewan makan , tiada ibu jari itu.. wakikikikikikiki… boleh meroyan tak dapat makan ^_^. Senang bicara la kan, jari ibu memainkan peranan penting-besar-tak terhingga jasanya.



Jari sebelahnya pula, jari telunjuk. Cuba tunjuk sikit. Tunjuk apa?? Difokuskan disini, jari telunjuk merujuk kepada ilmu. Mengapa ya?? Ha.. ini contoh aku mahu bagi memang benar berlaku dalam hidup aku dalam 2-3 hari ini. Adalah beberapa orang menanya kepada aku dimana Akademi Pengajian Islam (API), KUAZ la.. sport center lerh.. aku dengan yakinnya menunjuk disitu, disana, kiri, kanan. Aku bagi mereka itu ilmu. Dimanakah tempat destinasi mereka. Ilmu itu bukan hanya pada buku-buku je. Ilmu itu pada semuanya. Lagi, kalau kita tak tahu buat satu kerja tu kan, ayat berbunyi “wey, tunjukkan lah macam mane ko buat benda tu wey, aku nak tahu juga”. *_*Oh..yang nak suruh aku ajar macam mana nak buat blog, masuk lagu la..itu..ini.. macam-macam..bukan ku tak sudi nak ‘tunjukkan’ . aku tak reti macam mana nak explainkan la. Kalau masa tanya aku itu, depan mata ada laptop, pc keh..tanpa egonya, aku tunjuk macam mana nak buat.


Back to the topic. Jari tengah. Em.. jari ini agak “hot” sikit storynya. Secara jelasnya, jari ini melambangkan F*CK. Secara halus maknanya, jari ini jari nafsu. Jari ini boleh membangkitkan ghairah sang isteri. Macam mana?? Huhuhu.. ntahlah. Aku pun tak tahu. Belum ada pengalaman 0.03 saat itu. Apa yang berlaku dalam masa tiga saat itu??? Fikir-fikirkan.. aku takkan bagitahu . nak tahu, Tanya la. insyaALLAH aku “tunjukkan” =P. anyway, jari nafsu ini lebih tinggi dari jari ilmu(telunjuk). Em…. Ada maknanya itu. Walau macam mana pun ilmu agama atau apa-apa ilmu pun, nafsu tetap mendahului. Macam sekarang ini lah. Sepatutnya baca buku nak exam dah kan, tapi nafsu layan blog dulu la pulak… syaiton..syaiton..aiyoyo. cepat-cepat la menikah andai fizikal dan mental tidak mampu menanggungnya.


Ok..jari yang manis pula. Menggambarkan isteri yang manis. Manis macam buah ciku, ceri, gula-gula 10 sen itu. Hehehe. Kehadiran isteri yang manis-manis, meredakan nafsu shahwat lelaki. Jadilah isteri soleha. Banyakkan bersabar mengharungi onak-duri bahtera rumahtangga itu. Sweet always *_*. Jari manis ini dan jari ilmu(telunjuk) mengapit jari nafsu kan?? Ini menunjukkan nafsu boleh dikawal. Sebab itu pentingnya ada iman, ilmu amalan dan isteri solehah. Semoga aku dan rakan-rakan perempuan ku menjadi isteri-isteri soleha. Ameeen ~


Last but not least, jari anak. Jari kontot-kontot itu. Menggambarkan apa ya?? Menggambarkan anak. Emm part anak ini.. semoga kalian dikurniakan kuantiti zuriat semaksimun yang boleh dengan kualiti sebaik-baik-bagusnya ISLAM itu.


Cukup sudah lima jari aku ceritakan??? Alhamdulilah.
Sabda Nabi: Orang yang berkahwin, telah menyempurnakan
separuh dari agamanya.
Lu fikir la sendiri.

pillow talk

Selamat datang ke blog mira ini. Apa khabar???



Hari ini agak letih. Mana tak nyer, habis tutorial sejarah S&T terus naik RapidKL gerak menuju ke bangunan HP. Aku ingat “sakit” sungguh la kan notebook aku ini. Huh..tuuuiihh.. takda maknanya anis oii ( anis sebab dia adalah orang yang paling faham masalah notebook ku itu). Nak settlekan simple as A-B-C. cis… buang+bagi malu je seyh. Aku tak kisah pergi jalan jauh-jauh. Buang masa,tenaga. Tapi… kecewa benar benda itu senang je nak selesaikan. Huh. Tak apa la kan.. mungkin ada hikmahnya.. we don’t know what gonna happen kan??? Kan???






Ok la..disebabkan aku geram dengan notebook aku itu, aku ambil keputusan nak shopping kat Mid Valley. Bukan shopping sakan pun.. beli barang keperluan. Cuci mata sikit kat MPH. buku-buku semuanya best. Ada satu novel ini. Fulamak…. Macam mantap. Novel cinta bertemakan islamik. Cinta diantara Yusuf dan Zulaikha. Aduh… harga dalam RM23.00# Tak expect langsung nak beli-beli buku ini. So, forsure no money-no talk la kan ?_? anyway, try la check-out novel itu. Aku suka ceritanya sebab ada sikit macam hidup aku la kan. Rasanyer ~. F.Y.I aku ini bukanlah penggemar novel pun. I’m more to blog.. internet using. Just, that novel attract me. Cakap pasal attract, ha.. jumpa handbag ini, RM 12# je. Huhu.. after 70% diskaun. Nak beli ke tak???






Hahai. Ini lah yang dinamakan perempuan. Shopping sendirian mahupun berjemaah, boleh je. Kebanyakkan nya lah. Bagi aku, nak kata lepaskan tension? Em.. tidak..tidak.. agak add-up tension ada lah. Fikir nak balik 5TH R.C pula la kan. Naik bas, turun bas. Sekarang ini tengah sakit-sakit belakang. Aiyoyo….. mungkin yang tiada masalah pengangkutan macam aku ini, shoppingnya lebih best. Whatever la kan----






Mengapakah perempuan suka shopping ha?? Suami-suami tak kisah keh bini-bini menghabiskan duit shopping?? Beli gelang , rantai emas, peti sejuk baru, mekap baru , etc. emm.. kerna kasihkan perempuan mira dik oiiii !!! heheh… sayang tu bawa sampai ke mati kah?? Ahai..makin banyak pula persoalan yang timbul. Ahaks. Bak kata Iman, jiranku ..Amirah ini banyak soal. Yup. Aku memang banyak soal. Ada je nak tanya. Hello !!! it’s gonna improved our communication skill. Komunikasi dua hala. PLUs, nak uji otakmu itu :::: otakku juga.







AH sudah.. aku rasa aku agak melalut. Letih mungkin. Sakit belakang lagi. So, better if I just meet my pillow and bed A.S.A.P. ok..ok…
Oh ! before that, tahniah kepada erra fazira. Dapat baby girl. Bertambah seorang lagi pendengar Suria.fm



NiTE..nIte !!



Assalamualaikum.

p/s: mungkin juga bertambah pembaca blog aku ini *_*