Friday, April 10, 2009

Aku anak. Anak aku.




Assalamualaikum.



Untuk pengetahuan semua, alhamdulilah semua assignment yang sepatutnya dihantar telah aku hantar. Rasa lega. Tapi, tidak juga. Ntah betul ke tidak. Bertawakkal. Itulah jawapannya. InsyaALLAH semuanya berada dalam keadaan baik.







Alhamdulilah juga sebab dapat berpuasa nazar hari ini. Berpuasa nazar sebab kunci ada hilang hari itu, ntah macam mana ada orang pulangkan tiba-tiba. Nasib baik aku tulis detail penuh tentang kat mana bilik aku, kolej aku.. wahahahah.. teringat saat asri kutuk aku sebab tulis semua tu. See.. we don’t know what happen in the future. Alhamdulilah, ALLAH gerakkan hati aku, tangan aku buat semua itu. Jumpa juga aku dengan kunci bilik dan kunci loker itu. Ahai ~





Sebelum berbuka puasa, (aku buka puasa di surau 5th R.C. Setiap isnin dan khamis ada tazkirah sebelum berbuka puasa) ehem… Ridzuan bagi tazkirah hari ini rupanya. Pertama kali aku dengar tazkirah dari dia. Em… apa yang disampaikan best, bagus. Just, agak laju la dia cakap. Kelam-kabut aku nak dengar. Ditambah dengan loghart/slang Penang+ Kedah. Huuu.. nervous mungkin. Need more effort okies~




Tazkirah yang disampaikan simple je. Tentang ketaatan kepada kedua ibu bapa. Difokuskan kepada bonda kita. Wahai rakan-rakan, Seamat-amat pentingnya kita taat+sayang+jaga+melindungi ibu kita itu. Cuba Tanya kat ibu, susah tak lahirkan kita??? Sakit???? Ha… dijawabnya dengan penuh lembut/perlahan “sakit…” hakikatnya, betapa kuatnya kesakitanya yang perlu ditanggung oleh ibu semasa mengandungkan,melahirkan terutamanya dan menjaga kita hingga kini. Kalau yang baca ini perempuan, bayangkan anda ditempat mereka. Kena bayangkan. Sebab kat dunia yang penuh pancaroba ini, hanya kaum hawa makhluk ALLAH sahajalah yang boleh melakukan perbuatan melahirkan anak manusia.


kaedah baru melahirkan anak dalam air.





Erm..masa aku sekolah menengah- umur belasan tahun, pernah terfikir tak mahu lahirkan anak.kalau nak lahirkan pun, cukup satu atau dua je. No lebih-lebih. Tapi, setelah dapat banyak info dan tahu kelebihan,keistimewaan,kekuatan melahirkan anak ini… insyaALLAH jika diberi rezeki selagi mampu, boleh je berapa-berapa pun.ahaks.







Back to topic. Menurut yang beri tazkirah. Tujuan dia bawa tajuk ini sebab perkara ini simple. Tapi, perkara ini yang selalu menjadi hal. Aku setuju benar. Bukan mudah nak jadi anak soleh/a. especially di zaman canggih ini. Untuk pengetahuan semua, sedia maklum suara aku ini sememangnya tak merdu mana pun. Tapi, kuatnya, lantangnya suara aku boleh tahan. Kadang-kadang aku khuatir jika mak aku terasa dengan kekuatan volume suara aku itu. Aku try dah cakap lembut..perlahan.. tapi, it just not me. Aku akan terus cuba dan cuba..lagi satu, aku kalau cakap dengan mak aku (sesiapa juga) mostly kedengaran macam demanding. Padahal tidak.








Kalau tak macam demanding, macam orang marah-marah. Padahal aku tak marah. Haa.. hal marah-marah ini memang betul. Semasa projek Jalinan Muhibbah. Ditugaskan sebagai penolong kem komander, aku diperlukan menjadi tegas. Al-maklum, jaga disiplin. Suara kena kuat, itu tidak menjadi masalah. Itu Bagi aku la kan. Bagi orang yang melihat??? Melihat tapi tidak berada dalam situasi aku. Mereka cakap aku suka marah-marah. And yang paling kelakar, terlalu tegas??? Ya. Terlalu tegas sampaikan ada budak yang tak nak datang kem tu lagih. Ada yang takut-takut.Aiyayai…








See what happen ok. Yang cakap banyak pasal “ketegasan” aku kebanyakan ialah daripada rakan-rakan aku. Budak-budak sekolah yang menjadi peserta, boleh cakap, sememangnya aku kena terlalu tegas sebab mereka sendiri bersikap melampau. Ada juga cakap, “terima kasih sebab tegas”. Adoi.. pelik aku. stress. Agak down la juga masa itu.Itulah yang dinamakan cabaran. Aku bersyukur sangat-sangat kerana ada sesetengah pihak yang masih memahami diri ini walaupun aku tak minta pun difahami. Aku hanya lakukan tugas ini dengan seikhlas yang boleh.








Hal yang berlalu biarkan ia pergi. Hal penting ini..iaitu bondaku dan ayahanda aku. ntah apa perasaan mereka kalau mereka rasakan “ketegasan” aku. Ya ALLAH. Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi anak derhaka, degil, keras kepala..ameen…









The conclusion is, sayangilah ibu bapa kita. Terutama yang melahirkan kita. Didalam al-quran mahupun hadis, mentaati mereka adalah antara perkara wajib yang amat perlu dititikberatkan. Oh ye, ingin ditambah disini, terdapat 3 perkara yang sememangnya/semulianya perlu dilakukan. Kata baginda Rasulluallah, pertama: solat pada awal waktunya. Kedua:mentaati kedua ibu bapa. Ketiga:berjuang pada jalan Allah.







:::::::::::Permudahkanlah usaha,urusan kita menjadi anak soleh/a::::::::::::::

No comments: