Assalamualaikum.
Moshi-moshi
Moshi-moshi
Untuk pengetahuan semua. Hari ini aku bangun lambat giler. Hua..hua..hua.. aku sendiri terkejut aku bangun lambat. Ku ingat hujan ditengah jalan.tapi… terlajak hingga ke mana ha??? em..betul kah peribahasa aku itu?? Wahahah.. maaf lah BM aku tak sehandal=sehebat=seghairah kamu. Buat-buat faham je la ok?
Ha.. aku ada jumpa satu perkara yang seronok untuk dikongsikan sama-sama ni. Tapi, bendanya tak perlu kongsi-kongsi. Sebab: masing-masing manusia ada benda itu. Apakah benda itu??? Heheheh…
JARI.
Yup. Tambah sikit.
JARI.
Yup. Tambah sikit.
J-A-R-I J-E-M-A-R-I
Let’s start it ok?!
Jari ibu. Melambangkan apa??? Cuba fikir-fikirkan… fikir la kejap. Mesti malas kan?? Aku dah agak dah. Kalau aku jadi yang membaca pun, sama je. Ok la. Jari ibu melambangkan agama Islam. Lebih tepat, iman. Jari ibu amatlah penting. Mengapa ya?? Aiikk… bayangkan kalau angkat tray di dewan makan , tiada ibu jari itu.. wakikikikikikiki… boleh meroyan tak dapat makan ^_^. Senang bicara la kan, jari ibu memainkan peranan penting-besar-tak terhingga jasanya.
Jari sebelahnya pula, jari telunjuk. Cuba tunjuk sikit. Tunjuk apa?? Difokuskan disini, jari telunjuk merujuk kepada ilmu. Mengapa ya?? Ha.. ini contoh aku mahu bagi memang benar berlaku dalam hidup aku dalam 2-3 hari ini. Adalah beberapa orang menanya kepada aku dimana Akademi Pengajian Islam (API), KUAZ la.. sport center lerh.. aku dengan yakinnya menunjuk disitu, disana, kiri, kanan. Aku bagi mereka itu ilmu. Dimanakah tempat destinasi mereka. Ilmu itu bukan hanya pada buku-buku je. Ilmu itu pada semuanya. Lagi, kalau kita tak tahu buat satu kerja tu kan, ayat berbunyi “wey, tunjukkan lah macam mane ko buat benda tu wey, aku nak tahu juga”. *_*Oh..yang nak suruh aku ajar macam mana nak buat blog, masuk lagu la..itu..ini.. macam-macam..bukan ku tak sudi nak ‘tunjukkan’ . aku tak reti macam mana nak explainkan la. Kalau masa tanya aku itu, depan mata ada laptop, pc keh..tanpa egonya, aku tunjuk macam mana nak buat.
Back to the topic. Jari tengah. Em.. jari ini agak “hot” sikit storynya. Secara jelasnya, jari ini melambangkan F*CK. Secara halus maknanya, jari ini jari nafsu. Jari ini boleh membangkitkan ghairah sang isteri. Macam mana?? Huhuhu.. ntahlah. Aku pun tak tahu. Belum ada pengalaman 0.03 saat itu. Apa yang berlaku dalam masa tiga saat itu??? Fikir-fikirkan.. aku takkan bagitahu . nak tahu, Tanya la. insyaALLAH aku “tunjukkan” =P. anyway, jari nafsu ini lebih tinggi dari jari ilmu(telunjuk). Em…. Ada maknanya itu. Walau macam mana pun ilmu agama atau apa-apa ilmu pun, nafsu tetap mendahului. Macam sekarang ini lah. Sepatutnya baca buku nak exam dah kan, tapi nafsu layan blog dulu la pulak… syaiton..syaiton..aiyoyo. cepat-cepat la menikah andai fizikal dan mental tidak mampu menanggungnya.
Ok..jari yang manis pula. Menggambarkan isteri yang manis. Manis macam buah ciku, ceri, gula-gula 10 sen itu. Hehehe. Kehadiran isteri yang manis-manis, meredakan nafsu shahwat lelaki. Jadilah isteri soleha. Banyakkan bersabar mengharungi onak-duri bahtera rumahtangga itu. Sweet always *_*. Jari manis ini dan jari ilmu(telunjuk) mengapit jari nafsu kan?? Ini menunjukkan nafsu boleh dikawal. Sebab itu pentingnya ada iman, ilmu amalan dan isteri solehah. Semoga aku dan rakan-rakan perempuan ku menjadi isteri-isteri soleha. Ameeen ~
Last but not least, jari anak. Jari kontot-kontot itu. Menggambarkan apa ya?? Menggambarkan anak. Emm part anak ini.. semoga kalian dikurniakan kuantiti zuriat semaksimun yang boleh dengan kualiti sebaik-baik-bagusnya ISLAM itu.
Cukup sudah lima jari aku ceritakan??? Alhamdulilah.
Sabda Nabi: Orang yang berkahwin, telah menyempurnakan
separuh dari agamanya.
Lu fikir la sendiri.
2 comments:
hiks~
ceritanya tentang anak + isteri soleha= kahwin
wah3...mira..
mau kawin dengan siapa?
oh lupa pulak..dengan orang yang ko malu2 bila aku ceritakan tu ke?
'-'
diam itu tandanya ....
~_'
Post a Comment