yati-anis-mira ketika lab ecology sem 1 08/09Menyepi dari posting untuk menyediakan diri secara fizikal dan mental menghadapi peperiksaan. Alhamdulilah, tinggal hanya satu paper examination lagi. Iaitu Introduction to Science and Technology. Disyarahkan oleh Dr Che Wan Jasimah. A lady that always and forever be “cik”. Ahaks. Kinda funny…
Diharapkan anda yang menbaca sudi mendoakan kejayaan kita bersama.
Malam ini ku posting dari bilik jiranku. Bilik nurun. Fauziah a.k.a Gee sudahpun bertolak pulang ke kampung halaman di Kelantan. Sama juga dengan Fatimah Azzahra dan Tini juga. Semoga perjalanan pergi dan balik mereka diberkati dan dilindungi. InsyaALLAH.
Malam ini ku posting dari bilik jiranku. Bilik nurun. Fauziah a.k.a Gee sudahpun bertolak pulang ke kampung halaman di Kelantan. Sama juga dengan Fatimah Azzahra dan Tini juga. Semoga perjalanan pergi dan balik mereka diberkati dan dilindungi. InsyaALLAH.
Gee-Fatimah Azmi-Farah Sabah-Yati-Nurun @book fair 09, PWTC.
aku ditengah-tengah. macam leader.. ahaks.. menunggu @stesen PWTC menuju ke Masjid Jamek untuk makan tengah hari tempat yang amat bahang.. global warming lerh -_-
Satu demi satu perpisahan berlaku. Masa hadapan masih ada muka yang sama disekitar anda kah??? Ada lagikah mak cik DM untuk kita ucapkan terima kasih dan selepas itu makan lauk yang disediakan dengan penuh nikmatnya? Masih ada lagikah untuk kita lihat segerombolan askar membuat roll-call lengkap dengan uniform nya? Berbaris mendapatkan makanan sambil tangan memegang kad merah yang delaminate ( aku ada hampir 5 keping kad makan...murah rezki dapat banyak kad makan. Sepatutnya seorang ada satu je ~_’ ).
Itu baru kenangan secara menyeluruh sebagai penghuni 5TH R.C. kalau sesame kita?? Ha..
Fikir-fikirkan..renung-renungkan ye..
inilah roomate ku. aisyah-huda-ain-mira semasa sambutan Tahun Baru Cina di 5TH R.C. aiyayai.. teh hijau manyak pahit lorh... erk...
Kalau dengan senior-senior jangan nak dibetahkan lagi la kan. Ntah bila dapat ditemukan semula. Tapi, bagi aku yang lagi mendalam .. perpisahan diantara kita. Mostly antara junior dengan junior. Adakah muka aku akan kekal di 5TH R.C?? siapa yang Berjaya “menawan hati” orang atasan untuk stay college? Aku ini dapat rezki di 11th R.C tapi ku tolak setelah fikir-fikir dan mak aku pun suruh lepaskan je. Kalau boleh nak dapat tinggal di 5TH R.C untuk masa sebagai pelajar tahun dua UM.
Perpisahan.. ada orang suka dan ada juga yang tak suka, sedih.. itu semua sudah qada’ dan qadar Illahi. kalau ALLAH sudah menetapkan yang akan dapat stay di 5TH R.C maka menetaplah kamu disitu. Kalau dah memang ALLAH kata tidak.. jangan di debat-debatkan lagi ye.. Andai masuk berjuta-juta projek sekalipun, kalau dah ditetapkan ALLAH tak dapat kolej.. maka tetap tak dapat. Ada tempat lain yang ALLAH sediakan yang jauh lebih bagus dan bermanfaat bagi kita. Ada hikmahnya. Sabar..sabar.. TAPI, selagi ada usaha dan peluang, seperti boleh mohon rayuan. Buat. Kena berusaha. ALLAH nak uji. Ikhlaskah kita.. nasib , rezeki kita bukanlah terletak pada tangan pengetua, felo keh ..atau JTK sekalipun..
Kehidupan sebagai pelajar junior bakal berakhir.. ya..
Kehidupan sebagai pelajar junior bakal berakhir.. ya..
insyaALLAH ku bertolak pulang Sabtu ini jurus selepas selesai jawab examination. Moga ALLAH permudahkan urusanku. YA… insyaALLAH aku bakal senior bulan 7 nanti. Adik-adik manakah akan ku kenali nanti??? Debaran menanti.. ahahahha..habis ah budak-budak tu nanti..aiyayai.. perkenalan pasti berlaku. Moga pertemuan itu disulami atas dasar iman dan diredhai ALLAH s.w.t.
JODOH akan datang pada anda seperti mana maut akan datang pada anda. Anda tak dapat mengelak dari JODOH seperti mana anda tidak dapat mengelak dari maut.
Semoga ada jodoh diantara kita semua. Jalinkan ukhuwah. Banyakkan memberi salam dan sedekahkanlah senyuman =)) bersihkanlah jiwa kita dari “KEMATIAN hati”
diri dari kiri: nurun-yati-mira-ain-tika.
duduk dari kiri: fatimah azzahra-gee-farah Sabah-atie.
kenangan DISMI sukar dilupakan..pau itu amat sedap.

moga ada Jodoh antara kami. InsyaALLAH.
duduk dari kiri: fatimah azzahra-gee-farah Sabah-atie.
minta izin undurkan diri. menyambung belajar saat-saat terakhir sebelum menjawab soalan dalam masa xsamapi 72 jam je lagi ini. semoga ALLAH berkati ilmu-ilmu yang kita belajar dan dipermudahkan bagi kita untuk mengamalkan ilmu0ilmu itu.. insyaALLAH. oh ye.. jangan meniru. berserahkanlah segalanya kepada ALLAH s.w.t. bertawakkal. ustaz Sobri berkata, "Tidak layak seseorang itu bertawakkal jika dia tidak berusaha kerana syarat untuk bertawakkal ialah berusaha. Dan sekiranya meniru, itu bermakna kamu tidak ada kebergantungan dengan ALLAH s.w.t."
moga ada Jodoh antara kami. InsyaALLAH.
semoga kejayaan milik kita bersama. ameen ~
SEBELUM ITU, sejuta kemaafan dipinta jika ada tersalah kata tersilap perbuata sepanjang perkenalan kita. moga ukhuwah yang terjalin diberkati dan dirahmati.
kenangan yang ada kita ingati. semoga menjadi pengalaman yang tidak dapat dibayar harga nilainya itu.samaada buruk atau baik..itu adalah kita. kenangan kita.izinkan ku pergi ~
1 comment:
oit!
kamu ditag!!
Post a Comment