Monday, April 13, 2009

mak bapak haram





Salam sayang buat yang sudi membaca ini.




Tanggal 12 April 2009, tarikh dimana aku menjadi babysitter buat pertama kalinya. Nak kata mudah.. tidak juga.. Susah?? Jauh sekali. Hehe.. equall-equall la ceritanya ya.. tempat aku kerja itu namanya Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Awal-awal pagi dah siap-siap nak pergi kesana. Partner aku si Farah Sabah. Dah lama tak bersama-sama dengan dia melakukan sesuatu. Kira lama juga la kami tidak berborak berdua-duaan ini. Heh.. terubat rindu.



Budak yang perlu dijaga 10 orang. Yang menjaga ada 5 orang (termasuk kami). Aku dan farah la babysitter yang paling muda + single mingle lagi. Belum masuk pintu nursery dah dengar bayi menangis. Huhuuh.. aku dan farah teruja dengar. Cabaran menjelma. Wahahah.. ramai budaknya. Masing-masing buat hal sendiri. Kacau mana-mana pun tak ada gunanya. Alhamdulilah, budak-budak yang ada tak banyak meragam. Banyak bergerak itu da memang pasti la kan.







Aku paling suka bagi budak-budak makanan. Sebab aku suka makanan (boleh terima kah alas an itu??). seronok menyumbat makanan. Tapi, bab tidurkan budak. Ahai..aku fail. Tak la fail 100%. Aku just dapat bagi budak itu mamai-mamai-ngantuk je. Lelap tak ada pun. Kecewa la juga. Sebab kak-kak babysitter yang lain mantap. Kejap je dah dapat tidurkan budak. Mungkin suara aku sumbang. Sebab itu, aku dodoikan berapa lama sekali pun … payah..payah..aku perlu tabah.. sob..sob..







Lepas melayan budak-budak, aku dan farah menjamu selera di ruang makan hotel itu. Em… sodap jugak. Heheh.. variety of food. First time kalinya juga, aku makan laksa Sarawak. Sedap..sedap… nasi teratai .. buah-buahan yang menimbun-nimbun.. wah… aku sukakan makanan..yuhuuu..







Tapi, dalam syok-syok makan itu alhamdulilah aku teringat sepotong ayat al-Quran yang bermaksud:


“Makanlah dan minumlah, tetapi janganlah kamu berlebih-lebihan”.Surah Al-A’raf. Ayat 31.

Baginda Rasulullah juga bersabda :
“ Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan
darah. Oleh itu, sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan”.

(Hadith riwayat Ahmad)…








Em… lantas, ku sudahi makanan aku itu lalu pulang ke 5th R.C. dengan dihantar oleh suami kak Noraini (kak Naqebah dari ISMA). Rupa-rupanya, suami kak Noraini tu, mantan UM. Lebih mengejutkan. Ex-resident of 5TH R.C juga. Huhu.. patutlah dia tanya boleh tak, nak hantar kita orang masuk sampai dalam kolej..oh..rupanya nak tengok-tengok kolej lama dia. Dia kata tak berubah pun Dayasari itu. Ahaks.. no wonder ada macam berkulat-kulat 5TH R.C ni kan?? Huuu.. dari apa yang diceritakan, suami kak Noraini ini lama sudah tinggalkan UM. Lama keh?? Ntah la… suami kak itu pelajar APIUM. Masa zaman dia, APIUM yang terbina sekarang ini masih belum dibina. Kira lama la juga.. tidak begitu????? Anyway, welcome back senior *_*









Apa yang aku cerita ini ..bukanlah semata-mata dan senang-senang je nak kepoh bagitahu semua orang. Aku cerita tentang bayi kan? (hal suami kak Noraini tu lain cerita lerh). Bayi itu terhasil daripada benih lelaki dan perempuan. Apa cara nak cantumkan benih lelaki dan perempuan??? Tiga huruf, S-E-X. itu saja lah cara yang insyaALLAH dapat menghasilkan bayi dengan lengkapnya. Kesempurnaan bayi itu terletak pada ALLAH. Sex ini ada dua. Sex halal, dan sex haram. Mana yang kita nak pilih??? Tidak semestinya ada ilmu agama pilih sex halal kan??? Dan tidak semestinya orang yang buta huruf pilih sex haram pulak kan??? Macam-macam orang di bumi milik ALLAH ini. Bak motto ASTRO, “macam-macam ada”








Em..perkara yang aku nak sampaikan ini agak berat isunya. Sukar untuk aku menzahirkan apa yang aku fikirkan tentang hal sebegini. Banyak idea yang timbul. Nak pilih the best untuk bacaan yang sudi membaca ini. Sabar---sabar….
Senang cerita :

Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan
lampin.
Got it???






“Urusan lampin” itu luas maksudnya. Kebanyakkan yang memilih sex haram (nauzubillah, Ya ALLah jauhkan keluargaku,saudara-maraku, rakan-sahabatku, umat Islam sedunia daripada melakukan perbuatan ini. Amin~) akan menghasilkan anak haram.. sesungguhnya aku benci perkataan anak haram. Sebab: anak yang lahir didunia tiada haram dan halalnya. Anak itu suci. sanggupkah kita panggil bayi yang baru lahir, merengek-rengek, bayi haram?? Oh tidak..aku tak sanggup. Tapi, aku sanggup panggil mak bapak bayi itu haram. MAK BAPAK HARAM. Jelas dan nyata. Salah sendiri tanggung sendiri. Di zaman switch-press sekarang ini, anak yang halal pun terabai-abai. Anak yang haram lagi la pula kan??? Terkapai-kapai hingga urusan perkahwinan anak itu nanti pun boleh jadi hal. Bakal mentua tak terima la..ok lagi tu. Bakal suami/isteri tak sanggup terima pula.. frust menonggeng pulak dah -_-






Nak tambah, sex haram adalah lebih kepada kepuasan diri. Ehem… sex memang untuk kepuasan diri dari segi batin yang saling melengkapi antara lelaki dan perempuan. Tapi, Maksud yang aku ingin sampaikan ialah, orang yang berzina=sex haram ini tujuan buat sex nak puaskkan diri adalah semata-mata demi nafsu amarah. Nak berniat dapatkan zuriat yang soleh/a??? haak tuuihh.. no way it can be that way right?

Tapi, macam mana dengan bayi yang lahir apabila ibunya dirogol?? Itu hal yang tersendiri. Cerita lain. Tidak boleh dicampur-adukkan dengan hal zina-sex haram.

Wahai yang sanggup membaca blog aku ini. Apa yang aku nak sangat sampaikan ialah. Zina itu haram. Jangan hampiri zina. Anti-couple. Kalau dah syok/suka sangat kepada sesiapa(pastikan berlainan jantina) be serius. Ada caranya. Pernikahan. First step maybe, pertunangan..later..pernikahan..insyaALLAH. buang masa, tenaga, kredit, dan yang paling merugikan buang kasih sayang. Penat-penat curah kasih, ucap sayang tak putus-putus, akhirmya break-up=clash macam itu je. Pity..pity…pity..









Kenapa perlu anti-couple? Sebab couple itu termasuk dalam perkara yang menghampiri zina. Tahukan zina itu haram. Menghampiri zina pun haram. Haram itu merujuk kepada neraka. Banyak kali sungguh aku ulang tentang zina itu haram. Address blog aku pun benda yang sama juga. Pilih address yang sebegitu sebab perkara ini perkara serius. Tercatat juga di dalam Al-Quran. Tapi, dunia sekarang ini macam rilex je dengan hal-hal sebegini. Tak kisah langsung. Makin bertambah teruk dan banyak kes-kes bayi dibuang. Sepatutnya kes bayi dibuang tiada di Negara Islam Malaysia ini. Aku rasa trademark “katakan tak nak kepada rokok itu” tukar—“Tak Nak Zina”. Em..tak perlu tukar. Tambah. Bukan sambung ayat ya!







Seharapnya juga, sebagai hamba ALLAH sewajibnya kita ambil tahu akan hal individu yang lain. Be sensitive. Be busybody in Islam. Not kepochi or mami jarum keh pulak…
Last but not least, selamanya haram zina itu. Jauhilah zina.






"Kemudian Kami menjadikan benih nuthfah itu alaqah. Kemudian daripada alaqah
Kami jadikan mudghah. Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami
tutup tulang itu dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain.
Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.”


surah al-Mukminun ayat 14

2 comments:

Anonymous said...

Subhanallah
tahniah untuk entri kali ini yang agak panjang
*penat nak baca ni*
tapi sangat berguna

yup zina itu haram
tapi zaman sekarang sudah tidak mengenal halal haramnya sesuatu perhubungan
sedihkan melihat generasi yang sepatutnya dapat memimpin masa hadapan dibunuh oleh ibu bapa sendiri

congrats again,sahabat.

Try said...

congrats to u too sebab dapat menghabiskan pembacaan.
dan syabas coz memahami apa yg aku ingin sampaikan.

semoga Islamic Malaysia ini sifar bayi buang.
insyaALLAH