Tuesday, April 14, 2009

ntah

muslimat semasa jamuan hari raya balai islam.



Assalamualaikum.




Ahai..semester dua tahun pertama di 5TH R.C, UM bakal tiba dipenghujungnya. Em.. betapa sedihnya aku bila fikir hal ini. Kalau boleh tak nak fikirkan. Tapi, sudah ditetapkan Illahi. yang awal, ada akhirnya. Yang hidup ada matinya. Itulah janji ALLAH s.w.t.





13 April menyaksikan aktiviti terakhir balai Islam 5TH R.C secara rasminya. Ya..malam perpisahan. Malam itu, tiada setitik air mata yang mengalir. Tapi, sedang aku posting ini, adalah setitik dua keluar. Tak dapat aku tahan bila memikirkan perpisahan dengan senior-senior balai Islam. Terutamanya, kak Noni. Kakak usrah di 5th R.C. Kakak yang bersaiz kecil comel molek. Bicara mulut yang tidak pernah kasar dan kuat macam aku ini ha. Tapi, berjiwa besar. Kakak yang mengajar aku erti kelebihan al-mathurat. Yang membuka minda aku daripada sekularisme dan kapitalisme. Yang memandu aku supaya kuat untuk jadi pendakwah dan betapa pentingnya ada gerakan. Ah… sukar untuk aku luahkan secara zahirnya betapa pentingnya kak Noni dalam hidup aku. tak dapat bayangkan kalau malam tadi kak Noni ada. Makin touching aku. sekarang ini pun tak dapat jumpa dia lagi. Kak noni balik rumah abang dia. Ntah kan bila dapat jumpa.








Bukan setakat kak Noni sahaja yang aku kasihkan. Dan yang aku rindui. bukan senang untuk aku cakap aku rindu orang, kasihkan orang.ni tengah segan. Tapi, tak dapat tahan. tu yang posting tentang ini. Harap dapat memahami.


dari kiri: kak diana, kak sarah, kak fida, kak aiza, atie, kak natrah.
duduk:kak wawa.


Kak Wahida yang sentiasa ada untuk beri nasihat, tazkirah, galakan untuk meghidupkan Islam dijiwa aku yang lemah ini. Betapa penting untuk memakmurkan Rumah ALLAH. Solat berjemaah.
Kak Diana. Ahaks! Si comel yang sentiasa menceriakan suasana. Menjadikan setiap pertemuan tidak dapat dilupakan. Ketawanya.. ahaks…
Kak Natrah. Mulut kak Diana pernah berbunyi “ orang cerita pasal donut. Bukan pasal Nat”. ahaks..Kak Nat. tinggi lampai orang Kedah ini. Senyuman tak pernah lekang.







kakak sedang sibuk nak bungkuskan bubur masa Hari Asyura.


Kak Lin. Orang Telok Mas, Melaka. Ucapan terima kasih mencarikan/meminjamkan kot untuk projek DISMI. Saat-saat kritikal untuk cari kot pada masa itu. Alhamdulilah, bukan setakat satu kot je kak ni carikan. Dua kot !. walaupun kisah kita kot yang saya paparkan. Tapi, itulah antara kenangan yang tidak saya lupakan. InsyaALLAH.
Haaa.. kak Aiza. Orang Melaka juga ini. Sudah berpunya. Sah menjadi isteri orang dalam dua bulan yang lalu. Baby bila lagi ya??? Hehe.. sedih sangat aku sebab tak dapat pergi majlis perkahwinan kak ini. Bukan pe, sesame orang selatan. Melaka dengan Muar apa la sangat jauhnya. Kan??







Kak Fida. Eem..sebenarnya tak pasti nama sebenar nama kak ini.sebab, sukar sangat nak dengar mulut kak ini berkata-kata. Banyak berdiam diri. Tak pa la. Diam itukan satu ibadah.






Ha… mana mungkin lupakan kak Wawa. Ex-PALAPES DARAT. Kak Wawa yang selamba Islamik. “selamba Islamik??” hehe..maksudnya, selamba yang tak keterlaluan. Masih ada batasan agama. kak Maryam roommate kak Wawa. Ex-PALAPES DARAT juga. Kepada kak Maryam yang mengajar saya sedikit sebanyak tentang tajwid al-Quran. Terima kasih banyak-banyak.







Seorang lagi …kak Mas !!! ya.. kak Mas tinggi-tinggi orangnya. not talking too much. Kak ni sweet..kakak-kakak senior yang aku cerita ini semuanya (kecuali kak Noni), bakal pendidik. Alhamdulilah. insyaALLAh ada diantara mereka yang mengajar anak aku. anak kamu mungkin juga. Kak Noni, bakal akautan mungkin. Businesswomen insyaALLAH.







Tak semua kak senior dapat aku ceritakan. Walaupun tak selalu bercakap pun, tak serapat macam dengan kawan-kawan. Tak bergelak besar. ntah mengapa hati ini rindukan semacam. Ya. Itulah yang berlaku apabila pertemuan dan perpisahan yang disulami dengan iman.






Kepada senior-senior lelaki. Takkan ku lupakan ustaz Sobri. Orang pertama balai Islam 5TH R.C yang aku kenali. Abang longku semasa Minggu Mesra Pelajar. Minggu kedua semasa di UM. Memberi banyak ilmu tentang Aqidah. Memberi ceramah harian di Balai Islam. Bila teringat hal lama, kelakar sungguh. Amat aku tidak sangka betapa besarnya peranan dia dalam Balai Islam 5TH. Timbalan pengarah JKP Balai Islam. Ditambah, pengarah projek Kursus Praktikal Ibadah (KPI). KPI merupakan projek kolej yang memakan masa paling lama iaitu dua minggu. Dan satu-satunya projek yang aku masuk, aku dapat saguhati RM 10 sebagai AJK Penerbitan. Ha..yang kelakarnya,dulu masa aku masih jahil tentang agama. Masih dengan sikap kebudak-budakkan dan sikap Selamba tak Islamik, aku rajin tegur-tegur orang. Tak kisahla orang itu siapa. Tua,muda,lelaki, perempuan … semua layan. Kurang sikap malu. Jadi, aku dengan selamba tak Islamik dan yakinnya sentiasa menegur ustaz Sobri. Dah family ‘abang long’ la katakan kan….ustaz Sobri pula segan dengan aku. terkejut juga la dia masa aku selamba-selamba tegur dia.waduh..waduh..jatuh saham ~_’ hahai.. bila dah sekarang ini. Wah..MALU bila ingat balik. ALhamdulilah. Sudah sedar diri. Tak mahu buat lagi.

"harga maruah seorang muslimah kan terletak kepada tingginya mahkota malu mereka"
terima kasih ustaz.



dari kiri:ustaz Tarmizi,*foreigner(tak kenal),alhafiz,abang faisal.
berdiri belakang:abang amin.




Abang Amin. Pakar laptop/pc. Servis sentiasa ada. insyaALLAH. Ini bukan tahun terakhirnya. Tapi, dia nak tinggal tempat lain. Dah tak nak kat 5th R.C ni lagi. Hehe. Inilah JTK Balai Islam 5TH. Kuasa tertinggi. Orang Kelantan. Sentiasa memastikan balai Islam sentiasa bergerak. Dan yang paling berkait dengan aku, abang Amin yang sentiasa bantu unit aku. aku ini AJK penerbitan. Tapi, apalah sangat yang aku buat. Bukan tak nak bantu. Tapi, apa yang aku buat tak lah sehebat pelajar sains computer ini buat la kan.. orang pro..im pity of my self…






abang nizam & ustaz Sobri.


Em..sikit cerita tentang abang Nizam. Suara dia comel. Macam sinchan.. (0^_^0)
Ha.. abang Faizal. Cis..sengaja main-mainkan aku depan orang ramai masa malam perpisahan tu. Malu la. Lebih-lebih depan si…..(tut)…. Wahahah. Abang ini perlu makan lebih. Setia dengan PALAPESnya. Jangan sangka kurus-kurus cam gitu mulut tak kuat. Orang yang paling bising + kecoh malam perpisahan itu. Orang bernasyid dibaginya pokok. Ahai..menceriakan suasana.

Sesiapa yang hadir malam perpisahan..terutamanya seniors, thanks very much. Kak noni, wah…rindu la…tak ada usrah lagi kah????








Dan kepada semua student yang akan ada exam, GOODLUCK. Semoga Berjaya. Banyakkan study dan juga dekatkan diri itu lagi dengan ALLAH s.w.t. Jangan segan-segan nak minta dengan Tuhan ya. Lepas dah jawab exam.. bertawakkal.








Untuk pengetahuan semua, aku mula exam dengan paper Bahasa Inggeris pada 17 April (Jumaat). InsyaALLAH berakhir pada hari sabtu, 2 Mei dengan paper Dr. Che Wan Jasimah. Sama-sama kita doakan kejayaan kita bersama. Kejayaan dan keimanan di dalam amalan seiring dan sejalan. Amin ~




*Benarlah apa yang telah dikata.Penantian itu satu
penyiksaan.Kepastian membunuh kerisauan.Ketabahan mendamai keresahan.

Dalam dada ada bara cinta yang menyala.Dalam cinta ada kita
berdua.Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa.Dengan iman dapat kita
membendungnya* nyanyian nasyid FIRDAUS.



ntah bila dapat jumpa lagi. ya..NTAH.. suatu yang tak pasti tapi yang amat dikehendaki dan dihargai(tengok dengan siapalah kan). kepada seniors, semoga kita berjumpa lagi didalam keadaan yang lebih baik. dan kepada rakan-rakan yang sudi membaca, wish all of u have a wonderful, amazing and unforgetable being junior. pada masa akan datang, diharapkan kita menjadi insan yang lebih hebat dan makin bertambah iman..inSyaALLAH.

No comments: