Tuesday, June 16, 2009

Pontian..jauh perjalanan


Salam pembuka bicara.

Lama sudah aku tak update blog merah aku ini. Mood nak posting tak setinggi masa dulu lah.mungkin sebab aku guna dial-up untuk melayari internet. Di U.M, wifi kan ada.. baca kat umisisweb, makin bertambah banyak dah diletakkan alat wifi itu. Alhamdulilah. Tapi, teringat kata-kata Iman, dia kata wifi ini bahaya. Bahaya untuk masa akan datang. Dimana, mudah kena kanser… mudah kena penyakit-penyakit dalaman. Wifi ini kan gelombang ala-ala sinar x-ray. Kan?? InsyaALLAH.. jika digunakan dengan baik, untuk amal kebajikan dan demi pembelajaran serta kejayaan kita, moga dijauhkan kita penyakit-penyakit merbahaya agar kita boleh melakukan ibadah kepadaNya. InsyaALLAH.

mira-Iman-ular sawa @belakang 5TH R.C. semasa Militry Exhibition 08 (MIEX)


Kebelakangan ini, aku sibuk (tak ada lah sangat) dengan nenek saudara aku yang sakit. Dulu, dia terjatuh kat dalam bilik air. Disebabkan hal itu, tulang pinggulnya teralih. Bermaksud juga, soket tulang paha tak terletak pada tempatnya. Aduh…sakit kan dengar.. doakan kan nenek cepat sembuh. Walaupun kaki sakit.. tapi, nenek masih banyak cakap. ahaks.. tapi, tengoklah dengan siapa dia bercakap banyak. Tak semua dia layan sangat. Termasuklah anak-anaknya sendiri. Dengan bapak aku.. wah.. cakap banyak-banyak…semangat menceritakan waktu dia muda-muda dulu. Selalu bersukan..main bola jaring lerh.. pengalaman dia pergi Makkah empat kali.. macam-macam la.. tak masuk lagi bab-bab makan (aku paling suka makan ^_^).
Khamis minggu lepas bawa nenek pergi berubat di Pontian. Lebih spesifik, di Kayu Ara Pasong. Waduh… jauh juga la perjalanan nya. Makan masa 3 jam pergi dan balik. Aku rasa kawasan Johor belah timur lagi banyak parit berbanding parit-parit yang ada di Batu Pahat mahupun di MUARa tercantik di dunia ini….
Lalu di Pontian aku teringat pada rakan sekelas. Fahim Ghazali. Ntah apa khabar rakan aku itu. He is the best interior designer..yeah! ahaha.. kelas 5alim aku berwarna hijau hasil idea beliau dan guru tingkatan aku- Pn Rasyidah Kasbi. 5 Alim.. Best ever class..
Alhamdulilah, aku dah daftar online untuk semester 1 sesi 09/10. Tapi, hati ini nak sangat jumpa dengan Penasihat Akademik( PA) aku. nak Tanya macam-macam dengan dia tentang itu..ini..ahaha..tentang subjek-subjek aku la kan. PA itu umpama mak bapak kita… ye keh???

Ahai…tak semangat nak naik semester la.. macam tak puas cuti lagi. Nak ambil PJJ boleh tak??

p/s: nak tukar template blog la…any ideas and comment??

No comments: