Monday, August 31, 2009

Ramadhanku.

salam syukur untuk semua. Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk aku memunaikan ibadah di bulan suci lagi mulia ini. Ramadhan kali ini merupakan ramadhan yang ke-20 aku lalui. Moga ALLAH permudahkan urusan aku di bulan yang tak perlulah kita pertikaikan lagi kemuliaanya itu kan?
oh ye.. untuk pengetahuan anda, aku lahir dalam bulan Ramadhan. heheh.. kamu yang baca blog aku neyh, dalam bulan Islam manakah kamu lahir??

sesiapa yang lahir bulan Ramadhan ini, orang nya

  • pendiam (oh ye keh?)
  • suka merendahkan diri (admit: i am short + fat)
  • tidak angkuh dengan teman yang dikenali (mira sayang kawan-kawan mira!)
  • tidak suka membanggakan diri (Saya bangga saya seorang muslimah)
  • kehidupannya selalu selamat (Insya-Allah)

Actually, kita tak boleh percaya benda-benda sebegini. betul tak?? kena lah percayakan ALLAH 100%. bukannya ramalan/firasat/agakan/andaian/anggapan dan sespesies dengannya la yang kita percayakan. habis itu, kalau dijadikan rujukan boleh tak?

nak rujuk apa uh??timbul persoalan pula lewh~ ye la kan. masih ada, tapi kurang dah kot segelintir orang yang melihat hari kelahiran pasangannya itu untuk menilai diri pasangannya itu. sesuai ke tidak berkahwin dengan empunya badan itu. hal-hal begini selalu jadi kat perkahwinan yang diatur.terutamanya masa zaman dulu-kala. kan? kan?? .. komuniti India masih amalkan rasanya.

anyway, nak juga tahu rahsia orang yang kita sukai tapi kita jauhi.. ahaks..boleh lah badget macam kita kenal dia.cewah.

weyh..apakah hukum nya????

No comments: