Friday, November 27, 2009

cornflakes hangus

Salam aidiladha.


Ok…let me tell to the world. Cornflakes madu aku hangus la… sedih,sadis,simpati,sian sungguh! Itulah kuih yg aku buat sendiri buat pertama kalinya. Ya..dulu kalau buat kuih, itupun atas ajakan mak. Ntah ape yang merasuk fikiran dalam lepas solat asar tadi. Online and terus menerus cari resipi buat cornflakes madu. Tengok resipi, macam mudah…so, why I waste the time? Let’s try make it baby !!! yeah……. I done it and it hangus (T_T), (T_T) & (T_T) Sekali lagi, “sedih,sadis,simpati,sian sungguh!” . InsyaALLAH aku cuba buat lain kali lagi.

Dari cornflakes (aku) yang hangus tu kan.. aku dapatlah pengajaran. First of all, JANGAN PERCAYA INTERNET 100%. Even it only the most simplest resipe… cornflakes aku hangus sebabnya ikut langkah nya satu-persatu la kan. Padahal kan, aku macam ada bau macam sesuatu yang hangit. Ingatkan cornflakes itu sedang “merangupkan” dirinya sendiri. Padahal… sedang membakar di dalam oven rupanya… sadis,sadis,sadis. Kecewa sungguh! Second, Dari apa yang berlaku ini juga aku fikir yang betapa penting dan hebatnya *pengalaman*. Kalau aku tanya sesiapa(yang dah pernah buat la kan) dahulu macam mana buatnya, insyaALLAH aku akan dapat cornflakes madu yang sempurna.....(hanya boleh dibayangkan je la) . . .

Masa kuih aku ini berada dalam oven, adik aku yang baru balik terus ke dapur sambil berkata “ mak masak roti bakar keh?” wahahhahaha…. ‘roti’ itu ok lagi.. ‘bakar’ tu…menandakan sesuatu sedang hangit yang kehangusan.. kenapa la aku tak terfikir masa itu yang kuih aku sedang hangus …(@_@).... itu sekaligus menyumbangkan pengajaran yang ketiga . iaitu, ALLAH sentiasa bagi petunjuk. Ampunilah dosa hamba-Mu ini ya ALLAH. Jelaskanlah segala petunjuk, rahmat dan nikmat yang Engkau berikan ya Rahman..

ESOK aidiladha. Alhamdulilah, dapat bertakbir dengan bapak dan mak. Kepada anda semua.. marilah kita bertakbir beramai-ramai. Bertakbir untuk sepanjang aidiladha. Dari 10 zulhijjah hingga 13 zulhijjah 1430H.

TAKBIR !

masjid "misteri"

Assalamualaikum

Selamat bercuti untuk semua mahasiswa/i terutamanya yang menuntut di Universiti Malaya.
Di awal cuti aku ni, sepupu aku melangsungkan perkahwinan… musim cuti sekolah sudah menjadi kebiasaan rakyat jelata Malaysia menempah mana-mana hari untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Banyak ‘masjid’ terbina. Semoga pembinaan masjid diredhai ALLAH dan sentiasa dilimpahi rahmat. Amin………

Dengan adanya majlis kahwin sepupu aku ini, berjumpalah aku dengan (hampir) semua ahli keluarga tersayang. Tak jumpa Mikhail tercomel. Mak dia tak bawa dia datang. Sedih… tak apalah, gembira dengan apa yang ada.

Setelah bergaul, berjumpa dengan sepupu-sepapat aku…wah..seronok sungguh! Dulu tak rasa best sangat lah jumpa kesemua sepupu-sepupu semua itu. ahahah… dulu,mereka masih kecil-belum sekolah lagi. Sekarang ini, dengan ketinggian yang mungkin boleh menjejaskan ketinggian aku itu, ditambah pengetahuan yang diperolehi .. syok seyh layan mereka. Makin bertambah-tambah-tambah sayang kat mereka semua……hari ini dah rindu tak jumpa mereka. insyaALLAH kita jumpa lagi ye!
Moga ukhwah kita kekal abadi selamanya sepupu-sepupu kuh… I love you all soooooooo much!

Oh ya, sedikit nak cerita tentang majlis perkahwinan yang alhamdulilah berjalan lancar…
Hari jumaat malam sabtu, hari pernikahan.Bapak aku jadi saksi nikah. Tok kadinya: ustaz Ilham. Ustaz yang mengajar aku Bahasa Arab Komunikasi semasa aku tingkatan 3 (kalau tak silap).. antara ustaz yang dirindui. Agak berisi dah ustaz aku tu. Alhamdulilah makin sihat.. semoga ustaz aku bertambah-tambah sihat dan bahagia disamping orang tersayang. Semasa nak berlangsung majlis akad nikah itu, ustaz Ilham ada cakap dan berkhutbah tentang hal berkaitan dengan memulakan kehidupan berumahtangga ni. Aku dengar dengan jelas dan teliti (mana tak nya, aku duduk belakang pengantin lelaki dan sebelah mak nya (~_’)Ustaz Ilham ada cakap. antara ayat-ayat dia yang menusuk kalbu aku lah kan, doa orang yang dah berkahwin ni lebih mudah dimakbulkan berbanding orang yang bujang-bujang. Ye la kan.. sudah menyempurnakan sunnah Rasullulah tercinta itu. dengan tetiba, wujud rasa cemburu. Wujud rasa … nak kahwin juga. Sebab nak doa mudah dimakbulkan. Jealous nya kepada mereka yang dah kahwin. Bila lah aku akan kahwin ye? Siapakah yang dijodohkan dengan aku? macam mana majlis perkahwinan aku nanti? Kenapa aku nak nikah dengan lelaki itu nanti uh?? Wah… macam-macam persoalan timbul.. Misteri nya… tak ada siapa tahu. Bak dalam lirik lagu Permata yang Dicari nyanyian De-Hearty, “Hadirnya cinta insan padaku ini, anugerah Illahi….” dan “aku tak pasti rencana Illahi”…yeah..tepat sungguh lirik lagu itu kan(?_?)

Jika dah ditakdirkan jodoh, tak kan kemana jodoh itu. semoga jodoh aku dan yang sudi membaca di blog aku ni dikurniakan jodoh yang diredhai ALLAH. Memiliki dan menjadi teman sehidup semati adalah hadiah dan ujian ALLAh kepada diri kita. Biarlah ia berlaku seindah Islam itu.sabar itu indah.all the best! InsyaALLAH.
p/s: nak upload gambar hari kejadian. tak boleh. mungkin disebabkan line lembap. hal dunia... macam-macam kan?